Senarai Tempat Bayaran Tunai Duit Fasa 2 Dan 3 BSH, Dan BPN, BKSS Untuk Penerima Dari Pendalaman Sarawak

Berita baik kepada para pemohon Fasa 2 & 3 Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Nasional BPN dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang bagi kawasan pendalaman Sarawak, anda sekarang boleh mengambil bantuan kewangan ini.

Bantuan kewangan ini diberikan oleh Kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia dengan meringankan beban rakyat Malaysia dari segi aspek kewangan.

Terdapat beberapa info-info yang perlu anda tahu sebelum anda datang menuntut bantuan kewangan anda.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Senarai Tempat Bayaran Tunai Duit Fasa 2 Dan 3 BSH, Dan BPN, BKSS Untuk Penerima Dari Pendalaman Sarawak 1

Tempat Dan Tarikh Pembayaran Tunai


Kepada pemohon yang sudah memohon bantuan kewangan ini dan juga telah mendapat kelulusan dalam permohonan, pemohon di minta menghadirkan diri ke lokasi-lokasi yang ditetapkan kerajaan.

Bantuan-bantuan yang disebut akan mempunyai tempat dan tarikh tuntutan. Para penerima/waris berdaftar diwajibkan membawa kad pengenalan/ MyKad/MyKid/Surat Beranak bagi tujuan penunaian di lokasi seperti berikut:

Zon I (UTARA) – Limbang, Miri, dan Bintulu

TarikhTempat
03 Julai 2020BSN Cawangan Marudi
04 hingga 06 Julai 2020 (Sabtu – Isnin)Dewan Masyarakat Beluru
08 Julai 2020 (Rabu)BSN Cawangan Limbang
09 Julai 2020 (Khamis)BSN Cawangan Lawas
11 Julai 2020 (Sabtu)Dewan Masyarakat Long Lama
13 Julai 2020 (Isnin)Balai Raya Sebauh
15 dan 16 Julai 2020 (Rabu & Khamis)Dewan Masyarakat Sungai Asap
18 dan 19 Julai 2020 (Sabut & Ahad)Dewan Sukan Tatau
21 hingga 25 Julai 2020 (Selasa – Sabtu)Ruang Legar, Dewan Suarah Bintulu
Lihat Juga  Jumlah Pembayaran BKM Fasa 1 : Bantuan RM100 - RM300

Zon II (TENGAH) – Sarikel, Sibu, dan Mukah

TarikhTempat
03 & 4 Julai 2020 (Jumaat & Sabtu)Dewan Suarah Mukah
06 Julai 2020 (Isnin)Stadium Perpaduan Dalat
08 Julai 2020 (Rabu)Dewan Tapak Pesta Daro
09 Julai 2020 (Khamis)Dewan Suarah Matu
11 Julai 2020 (Sabtu)Dewan Suarah Kanowit
13 & 14 Julai 2020 (Isnin & Selasa)Dewan Suarah Kapit
15 Julai 2020 (Rabu)Balai Raya Song
16 hingga 23 Julai 2020 (Khamis – Khamis)Dewan Suarah Sibu
24 Julai 2020 (Jumaat)Dewan Masyrakat Julau
25 & 26 Julai 2020 (Sabtu & Ahad)Dewan Masyarakat Pakan

Zon III (SELATAN) – Sri Aman, Betong, Samarahan, dan Serian

TarikhTempat
01 Julai 2020 (Rabu)Dewan Masyarakat Lingga
02 hingga 03 Julai 2020 (Khamis & Jumaat)Kompleks Sukan Sri Aman
05 Julai 2020 (Ahad)Dewan Masyarakat Engkelili
07 Julai 2020 (Selasa)Dewan Kompleks Lubok Antu
09 & 10 Julai 2020 (Khamis & Jumaat)Dewan Rentap Betong
12 Julai 2020 (Ahad)Dewan Rahmaniah, Pusa
14 Julai 2020 (Selasa)Dewan Masyarakat Saratok
16 Julai 2020 (Khamis)Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong
18 Julai 2020 (Sabtu)Dewan Masyarakat Sebuyau
20 & 21 Julai 2020 (Isnin & Selasa)Dewan Mesra Simunjan
24 hingga 30 Julai 2020 (Jumaat – Khamis)Dewan Masyarakat Serian
Lihat Juga  Tarikh Akhir Permohonan & Rayuan BPN 31 Mei 2020

Masa Penunaian


Masa penunaian adalah seperti berikut:

  • Sesi 1 :8.30 pagi hingga 11.30 pagi (dikhaskan untuk penerima warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas)
  • Sesi 2: 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)
  • Sesi 3: 1.30 tengahari hingga 4.30 petang (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)

Peraturan SOP Yang Kena Ikut Masa Ambil Duit


Bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang berkuatkuasa, para penerima/waris berdaftar diwajibkan untuk mematuhi perkara berikut:

  • Hadir pada tarikh, sesi dan masa yang telah ditetapkan (seperti tertera pada surat jemputang yang dihantar ke alamat penerima) bagi mengelakkan kesesakkan;
  • Memakai penutup hidung dan mulut (face mask) pada setiap masa ketika berada di tempat bayaran;
  • Sentiasa menjaga penjarakan sosial (social distancing) iaitu sekurang-kurangnya satu(1) meter;
  • Penerima/waris berdaftar yang bergejala seperti demam, batuk, dan selsema tidak dibenarkan datang ke lokasi bayaran;
  • Elakkan bersalaman, bersentuhan dan berbual dengan orang lain;
  • Dialarang berkumpul; dan
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di lokasi/tempat bayaran.
Lihat Juga  Jom Mohon! Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021

Kalau Tak Dapat Hadir Apa Nak Buat?


Sekiranya penerima/waris berdaftar tidak dapat hadir ke lokasi bayaran pada tarikh yang ditetapkan, penunaikan masih boleh dibuat di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran sebelum 31 Disember 2020. 

Semakan Keputusan Permohonan  BSH & BPN (Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan):


Pemohon juga boleh membuat semakan terlebih dahulu di portal rasmi BPN 2.0 untuk memastikan permohonan mereka sudah diluluskan atau tidak. Pemohon boleh membuat semakan di laman web berikut:

Semakan status :

Bagi yang mempunyai perniagaan boleh cuba mohon Geran Khas Prihatin 2.0 yang berjumlah RM 3,000 dan one off. Ianya dibawah inisiatif Kita Prihatin untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berniaga khususnya.

Semoga bantuan BPN Malaysia ini dapat memudahkan kesusahan yang dialami oleh semua warganegara dalam menghadapi bencana wabak ini. InsyaAllah amin.

Maklumat Lanjut


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah

No: 1800-88-2747

Emel: [email protected]

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah

No: 082-555-999

E-mel: [email protected]

Penafian: Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan tempat tuaian bayaran Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang dengan rujukan dari laman sesawang rasmi Hasil Sarawak sahaja.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3