Pada hari Selesa 14 Julai 2020 jam 9:00 pagi, kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) akan dilaksanakan dan akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.
Pelaksanaan penambahbaikan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada para pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Persediaan awal perlu dilakukan untuk menyimpan bekalan air simpanan sebelum pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kerana akan ada gangguan air berjadual yang melibatkan sebanyak 290 kawasan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Tempoh masa gangguan air ini adalah berbeza mengikut kawasan dan dijangka pemulihan bekalan air mencapai tahap 80% pada 17 Julai 2020.
Baca perkongsian berikut untuk perincian tentang maklumat tersebut :
Senarai Kawasan Yang Terlibat
Berikut adalah lampiran bagi senarai kawasan-kawasan terlibat dan tempoh pemulihan bekalan air
Lampiran 1 : Wilayah Petaling
Lampiran 2 : Wilayah Klang
Lampiran 3 : Wilayah Klang dan Gombak
Lampiran 4 : Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Kuala Langat
Lokasi Pusat Khidmat Setempat
Dibawah ialah lampiran Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang bermula pada 16 & 17 Julai 2020 :
Lokasi Tangki Air Jumbo, Pili Air Awam, & Stesen Pengisian Air
Dibawah ialah lampiran bagi Lokasi Lori Tangki Air Jumbo :
Pelaksanaan kerja-kerja pengendalian dan penambahbaikkan aset kritikal di LRA SSP3 ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap dan memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Semoga maklumat tentang perkongsian ini dapat memberitahu anda untuk membuat persediaan awal sebelum pelaksanaan penambahbaikkan dijalankan.