Bantuan Kita Prihatin adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat dalam menjalani liku liku kehidupan yang mencabar buat masa ini. Tiga (3) jenis bantuan telah diumukan dalam pakej “Kita Prihatin” ini antaranya GKP, BPN dan PSU 2.0
Senarai Bantuan Prihatin GKP 2.0
Dengan peruntukan keseluruhan RM10 bilion, jumlah Pakej #KITAPRIHATIN akan disalurkan kepada Rakyat dan perniagaan melalui Geran Khas PRIHATIN, Program Subsidi Upah 2.0 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Berikut ialah senarai Bantuan Prihatin GKP 2.0 :
Geran Khas Prihatin GKP 2.0
Menerusi inisiatif Geran Khas Prihatin ini, peruntukkan yang akan dianggarkan adalah sebanyak RM600 juta akan dimanfaatkan kepada 200,000 PKS Mikro dengan jumlah sebanyak RM3000 secara one-off bagi setiap penerima. Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM sehingga 31 Ogos 2020.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Program Subsidi Upah 2.0
#KitaPrihatin: Program Subsidi Upah (PSU) 2.0: PSU 2.0 bertujuan untuk membantu syarikat mengekalkan pekerja sekaligus mengurangkan kos operasi dalam usaha membangunkan semula perniagaan mereka. Peruntukan RM2.4 bilion untuk PSU2.0 dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan 160,000 majikan.
Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0
Melalui inisiatif Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 ini peruntukan sebanyak Rm7 billion bakal diberikan kepada isi rumah dan individu bujang daripada golongan B40 dan M40 yang bertujuan untuk mengurangkan beban aliran tunai dan memberi kelegaan kewangan kepada pihak tersebut. 10.6 juta penerima BPN sebelum ini akan menerima BPN2.0 secara automatik, manakala Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Sumber : Facebook Tengku Zafrul