Dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan terutamanya golongan B40, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.
Pada bulan Oktober 2022 ini juga terdapat pelbagai yang disediakan dan berikut adalah senarainya:
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Bantuan Keluarga Malaysia
Semakan BKM kini boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia. Umum telah sedia maklum BKM fasa 3 telahpun diagihkan pada bulan September yang lalu.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagi mereka yang ingin membuat rayuan, sila buat segera kerana BKM fasa 4 akan diagihkan pada bulan 12 tidak lama lagi.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT ialah bantuan kewangan daripada RISDA yang berjumlah RM600. Akan dibayar dalam dua fasa (RM300 setiap fasa) pada November dan Disember 2022.
Permohonan BMT untuk tahun ini telah ditutup pada 15 September yang lalu. Bagaimanapun, permohonan rayuan kini telah dibuka mulai 16 September hingga 31 Oktober 2022.
Sila mohon bagi mereka yang masih belum memohon.
Bantuan Warga Emas
Untuk bantuan Warga Emas daripada JKM ini, pembayaran akan diteruskan pada bulan Oktober pada tarikh yang biasa.
Bagi anak-anak yang ingin membuat permohonan untuk ibu bapa anda, sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan kawasan anda.
PerantiSiswa Keluarga Malaysia
Inisiatif di bawah Bajet 2022 ini melibatkan pemberian peranti (tablet) kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam golongan B40 bagi memastikan proses pengajian pelajar itu dikekalkan.
Permohonan dibuka sehingga 30 September 2022, manakala semakan kelulusan boleh dibuat mulai 29 Ogos 2022. Bagaimanapun, proses kelulusan akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bantuan IKPP RM250
Insentif Khas Pasangan Pengantin atau dikenali sebagai IKPP ialah sumbangan kewangan RM250 bagi pasangan pengantin berpendapatan RM5,000 ke bawah dan tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan.
Maklumat lengkap mengenai bantuan ini boleh dirujuk di SINI.
Biasiswa IPT YP Tahun 2022
Permohonan biasiswa ini telah dibuka sejak 15 September dan akan ditutup pada 5 Oktober 2022. Biasiswa ini melibatkan bantuan kewangan sara hidup sebanyak RM3,000 setahun.
Ia juga diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan dari kalangan B40 dan M40. Maklumat lengkap berhubung bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan Pahang.
Info Lanjut
Semoga dengan bantuan-bantuan yang telah disediakan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda meringkan beban-beban kewangan yang ditanggung.