Ramai yang masih terkesan dengan krisis pandemik yang masih berlarutan sehingga tahun ini.
Dalam menangani krisis ekonomi ini, kerajaan telah menyuntik perbelanjaan negara untuk meransang ekonomi & menyediakan bantuan menyeluruh merangkumi semua golongan B40, M40 dan miskin tegar.
Portal Malaysia akan memberikan anda semua info berkaitan senarai bantuan kerajaan yang telah diumumkan kerajaan bagi tahun 2021.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Bantuan Kerajaan 2021 Terkini
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang anda akan dapat Ogos 2021 ini :
a) Bantuan Khas Covid-19 (BKC) – Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2021.
Kelayakan adalah berdasarkan data-data dalam sistem BPR 2021.
Berapa yang anda akan dapat? Sila rujuk kategori anda di bawah :
- Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
- B40 (Isi Rumah) = RM500
- M40 (Isi Rumah) = RM250
- Miskin Tegar (Bujang) = RM200
- B40 (Bujang) = RM200
- M40 (Bujang) = RM100
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai maksud miskin tegar, anda boleh rujuk info Bantuan Miskin Tegar.
b) ICitra – i-Citra adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021.
Ahli KWSP yang buat permohonan pada Julai 2021 akan dapat RM1,000 untuk bulan pertama.
Bantuan Kerajaan Yang Lain
Untuk senarai bantuan di bawah pula, adalah bantuan yang anda boleh mohon sepanjang masa :
- Kadar Bantuan : RM100 sebulan selama 3 bulan
- Bantuan ini khas digunakan untuk membeli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai & pasaraya hanya menggunakan IC.
- Kadar Bantuan : Anda akan dapat bantuan bekalan makanan. Ada 8 barang iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut & kopi.
- Kadar Bantuan : RM500 sebulan
- Bantuan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
- Bantuan ini adalah melalui JKM, pemohon perlu isi borang dan hantar ke Pejabat JKM yang berdekatan.
- Kadar Bantuan : Maksimum RM1000 sebulan seisi rumah
- Syarat kelayakan : Keluarga berpendapatan tidak lebih daripada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan)
e) Moratorium Automatik Pemulih
- Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam untuk semua golongan termasuk B40, M40, T20 & Usahawan Mikro.
Bantuan Kerajaan Untuk Peniaga
a) GKP 4.0
- Kadar Bantuan : RM1,000
- Tarikh permohonan : 15 Julai hingga 31 Julai 2021
- Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada September 2021 (RM500) & November 2021 (RM500).
Maklumat Tambahan
Ada banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan semula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
Sumber Bantuan : JKM
Sila kongsikan artikel & info ini ke Group Facebook, Whatapps kawan-kawan & family anda, untuk manfaat bersama.
Semoga dengan perkongsian ini, pembaca boleh menyusun atur perbelanjaan anda dengan bijak.