Mulai Ogos 2022, kerajaan telah menyenaraikan bantuan kerajaan yang boleh anda mohon untuk bulan Ogos 2022. Anda diminta menyemak permohonan tersebut dan melihat syarat kelayakan bagi setiap bantuan kerajaan yang diberikan.
Sila baca artikel penuh di bawah untuk mengetahui bantuan kerajaan yang boleh anda mohon.
Lihat senarai penuh di bawah.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ingin menjadi yang terawal memohon BANTUAN KERAJAAN?
Sertai Bantuan Rasmi Kerajaan WhatsApp:
Join sini
Bantuan Kerajaan Ogos 2022
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang boleh anda mohon pada tahun 2022:
a) Bantuan Keluarga Malaysia
Bantuan BKM ini merupakan bantuan yang menggantikan BKC, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Bantuan Prihatin Rakyat.
Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat bagi BKM Fasa 3, sila rujuk kategori anda di bawah:
- Isi Rumah (Pendapatan RM0- RM2500) = RM200 – RM400
- Isi Rumah (Pendapatan RM2501- RM5000) = RM100
- Isi Rumah Warga Emas (Pendapatan RM0- RM2500) = RM500 – RM700
- Isi Rumah Warga Emas (Pendapatan RM2501- RM5000) = RM400
- Ibu Bapa Tunggal Ada Anak (Pendapatan RM0- RM2500) = RM800 – RM900
- Ibu Bapa Tunggal Ada Anak (Pendapatan RM2501- RM5000) = RM600
- Ibu Bapa Tunggal Bujang = RM150
- Bujang = RM150
Tarikh Pembayaran BKM
Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember 2022.
Anda kini boleh menyemak untuk melihat status permohonan BKM anda sama ada telah lulus atau tidak.
Sila semak kelayakan anda di sini : BKM Fasa 3
b) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT 2022 ialah bantuan kewangan bernilai RM60, diperkenalkan oleh RISDA khas untuk mereka yang layak.
Bantuan kewangan RM600 ini akan dibayar dalam dua fasa (RM300 setiap fasa) oleh RISDA kepada mereka yang layak.
Permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022.
Maklumat lanjut mengenai BMT boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA atau DI SINI.
Sila semak status permohonan anda DI SINI.
c) Program Peranti Siswa Fasa 2
Inisiatif Pelajar Peranti Keluarga Malaysia merupakan inisiatif menyediakan peranti kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kategori keluarga B40.
Bagi permohonan program ini untuk Fasa Ke-2, ia akan dibuka mulai 01 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.
Permohonan boleh dikemukakan di Sistem Permohonan PerantiSiswa.
d) Bantuan Bulanan JKM
Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh pembayaran rasmi adalah dari 1 – 10 Ogos 2022.
Untuk bulan seterusnya adalah pada 1 – 10 September 2022.
Muat turun borang permohonan JKM di sini.
e) Bantuan Bil Air Percuma
Skim Air Darul Ehsan (SADE) merupakan program penjajaran semula bagi menyediakan 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. Dimaklumkan bahawa pendaftaran SADE ini dibuka sepanjang tahun sehingga 2024.
Permohonan air percuma ini boleh dibuat di laman web rasmi berikut: Klik Di Sini
Maklumat Lanjut
Semoga dengan perkongsian artikel ini, pembaca dapat menguruskan perbelanjaan mereka dengan cermat dan bijak.
Anda juga boleh rujuk pelbagai jenis bantuan dalam website ini.
Sila KONGSI senarai bantuan ini ke Kumpulan Bantuan Facebook anda, Whatsapp rakan & keluarga anda, untuk manfaat bersama.