Semakan nombor siri BPN bagi anda yang permohonan baru dan gagal, baru-baru ini ramai penerima BPN yang telah lulus telah gagal dikreditkan, ini penjelasan antara punca BPN anda gagal kredit.
Walaubagaimanapun, jika gagal kredit tak bermakna anda gagal untuk mendapat bantuan tersebut, akan tetapi bantuan tersebut akan dibayar menerusi No. Siri dimana penebusan wang perlu dilakukan secara tunai di kaunter BSN.
Maksud No Siri BPN
Nombor siri bpn bermaksud no yang akan diberikan kepada anda menerusi laman rasmi BPN dimana no tersebut digunakan untuk anda membuat penebusan/penuaian di kaunter BSN mengikut tarikh yang diberikan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca Juga : Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3
Cara Buat Semakan No Siri BPN
Berikut adalah kaedah untuk anda membuat semakan nombor siri di portal rasmi BPN,:
Step 1 : Masuk Ke laman rasmi https://bpn.hasil.gov.my/dan masukan butiran yang diminta dan klik semak.
Step 2 : Klik pada Paparan Maklumat Bayaran
Step 3 : Anda perlu “Log Masuk”/Login, Semak kata kunci (Password), Klik YA jika betul.
Step 4 : Masukkan Kata Laluan (Password) anda, klik Log Masuk
Step 5 : Klik “Maklumat Bayaran
Step 6 : Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucer
Simpan no. siri tu dan pergi terbus di kaunter BSN.
Tarikh Dan Cara Tebus No Siri BPN Anda
Dah ada No. Siri anda boleh buat penebusan di mana-mana kaunter BSN terdekat mengikut tarikh berikut.
- 1 Jun 2020 – Bagi yang tiada no. akaun bank sahaja.
- 2 Jun 2020 – Bagi yang duitnya gagal kredit ke akaun.
Apa yang perlu dibawa semasa membuat penebusan?
- Mykad anda
- No Siri BPN anda

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitannya boleh rujuk
- Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
- Alamat Emel: [email protected]