Individu yang gagal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 layak untuk membuat permohonan rayuan STR.
Permohonan untuk rayuan ini boleh dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau menerusi dalam talian.
Punca Gagal Bantuan STR
Permohonan untuk rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon jika STR Fasa 1 tidak lulus.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Walau bagaimanapun, permohonan untuk rayuan ini mungkin ditolak jika ia tidak memenuhi keperluan kelayakan.
Beberapa sebab atau punca permohonan untuk sumbangan tunai Rahmah STR 2023 pemohon ditolak kerana :
- Pemohon tergolong dalam kategori berpendapatan tinggi seperti M40 dan T20.
- Pemohon tidak mengemas kini maklumat dalam sistem sepenuhnya.
- Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan untuk permohonan yang ditetapkan.
- Maklumat yang dikemas kini oleh pemohon tidak betul.
- Pemohon adalah individu berumur 18 tahun ke atas tetapi masih meneruskan pengajian sepenuh masa.
Semakan Status Fasa 1 STR
Pergi ke Semakan STR Sumbangan Tunai Rahmah dan ikuti semua langkah yang diperlukan.
Pemohon hanya perlu log masuk ke akaun pemohon dan klik pada bahagian “semakan”.
Status semakan akan dipaparkan sama ada rayuan pemohon gagal atau berjaya.
Cara Buat Rayuan STR Online
Permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah juga boleh dibuat secara atas talian.
Pemohon tidak perlu menghadiri cawangan LHDN untuk memohon rayuan itu.
Di bawah adalah cara memohon rayuan rayuan dalam talian
- Pemohon perlu melawat laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk ke akaun rasmi dengan memasukkan nombor dan kata laluan MyKAD yang betul.
- Klik pada bahagian “Rayuan Permohonan”. (Walau bagaimanapun, bahagian ini masih belum dibuka untuk permohonan, kerajaan akan umumkan dalam masa terdekat).
- Maklumat kemas kini mesti dibuat oleh pemohon.
- Akhir sekali, serahkan permohonan rayuan dengan mengklik butang “Hantar”.
Permohonan rayuan dalam talian belum dibuka untuk permohonan melalui sistem rasmi di portal LHDN.
LHDN akan memberitahu tarikh rayuan dari semasa ke semasa kepada orang ramai untuk membolehkan pemohon yang gagal merayu.
Cara diatas adalah berdasarkan rayuan untuk permohonan BKM sebelum ini.
Cara Buat Rayuan di Kaunter LHDN
Permohonan rayuan STR boleh dibuat di kaunter di mana -mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran pemohon. Berikut adalah beberapa cara untuk memohon rayuan melalui kaunter.
Walau bagaimanapun, borang permohonan rayuan ini akan dikeluarkan oleh LHDN sebaik sahaja tempoh rayuan dibuka kepada pemohon.
Tarikh permohonan untuk rayuan ini akan dimaklumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan.
- Pemohon mesti menghadiri cawangan LHDN berhampiran pemohon.
- Pemohon mesti mengisi borang “Rayuan Permohonan” sepenuhnya.
- Hantar borang permohonan rayuan.
- Akhirnya, permohonan untuk rayuan pemohon akan dimaklumkan oleh LHDN dari semasa ke semasa sama ada ia berjaya atau tidak.
Sebaik sahaja permohonan rayuan telah dibuat dengan jayanya, permohonan untuk rayuan ini dapat dikaji semula secara dalam talian dan juga melalui cawangan LHDN yang terdekat.
Info Lanjut
Untuk ketahui tarikh rasmi rayuan STR ini dibuka, sila join Group Telegram Bantuan Kerajaan jika anda mahukan maklumat pantas mengenai bantuan STR ini.