Rayuan STR Online – Semak Guna Telefon Sahaja

Rayuan STR secara online – Semak Status Menggunakan Telefon Sahaja. Individu yang gagal menerima Sumbangan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 layak untuk membuat permohonan rayuan STR. Permohonan rayuan ini boleh dibuat melalui manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau dalam talian.

Punca Kegagalan Bantuan STR


Permohonan rayuan STR ini hanya boleh dibuat oleh pemohon sekiranya STR Fasa 1 tidak lulus.

Walau bagaimanapun, permohonan untuk rayuan ini boleh ditolak jika ia tidak memenuhi syarat kelayakan.

Beberapa sebab atau punca permohonan pemohon untuk STR Fasa 1 2023 ditolak kerana:

  • Pemohon tergolong dalam kategori berpendapatan dalam kalangan M40 dan T20.
  • Pemohon tidak mengemas kini maklumat dalam sistem dengan betul dan lengkap.
  • Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan untuk permohonan yang ditetapkan.
  • Maklumat yang dikemas kini oleh pemohon adalah tidak betul.
  • Pemohon adalah individu yang berumur 18 tahun ke atas tetapi masih melanjutkan pengajian sepenuh masa.

Semakan Status Fasa 2 STR


Pergi ke Semakan STR (klik sini) dan ikuti semua langkah yang perlu.

Lihat Juga  Cara Mohon BKC Bantuan Kerajaan Sehingga RM1300

Pemohon hanya perlu log masuk ke akaun pemohon dan klik pada bahagian “semakan”.

Status semakan akan dipaparkan sama ada rayuan pemohon tidak berjaya atau berjaya.

Cara Membuat Rayuan STR Dalam Talian


Permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah juga boleh dibuat secara online.

Pemohon tidak perlu hadir ke cawangan LHDN untuk memohon rayuan.

Berikut ialah cara memohon rayuan secara dalam talian :

  1. Pemohon perlu melayari laman web https://bantuantunnai.hasil.gov.my
  2. Log masuk ke akaun rasmi dengan memasukkan nombor MyKAD dan kata laluan yang betul.
  3. Klik pada bahagian “Rayuan Permohonan”.
  4. Kemas kini maklumat hendaklah dibuat oleh pemohon.
  5. Akhir sekali, serahkan permohonan rayuan dengan mengklik butang “Serah”.
  6. Permohonan rayuan secara online masih belum dibuka untuk permohonan melalui sistem rasmi di portal LHDN.
Lihat Juga  Cara Daftar Iyres eBelia

Cara Membuat Rayuan di Kaunter LHDN


Permohonan rayuan STR boleh dibuat di kaunter di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran pemohon.

Berikut ialah beberapa cara untuk memohon rayuan di kaunter.

  1. Pemohon hendaklah hadir ke cawangan LHDN berhampiran pemohon.
  2. Pemohon mesti mengisi borang “Rayuan Permohonan” dengan lengkap.
  3. Serahkan borang permohonan rayuan.
  4. Akhir sekali, permohonan rayuan pemohon akan dimaklumkan oleh LHDN dari semasa ke semasa sama ada berjaya atau tidak.
  5. Setelah permohonan rayuan berjaya dibuat, permohonan rayuan ini boleh disemak secara online dan juga melalui cawangan LHDN yang berhampiran.

Info Lanjut


Semoga berjaya dalam permohonan bantuan STR ini. Sila join group telegram kerajaan untuk claim bantuan :

Rayuan STR Online - Semak Guna Telefon Sahaja 1

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3