![[RASMI] Tarikh Rasmi Bayaran STR Bagi Fasa 3 2 [RASMI] Tarikh Rasmi Bayaran STR Bagi Fasa 3](https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2023/06/JENIS-PENERIMA-1.png)
Dalam pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memaklumkan bahawa pembayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR fasa 3) diagihkan sebelum sambutan Aidiladha.
Bagi fasa 3, peruntukan lebih RM2 bilion akan mula disalurkan kepada individu yang layak memanfaatkan lebih lapan juta penerima bantuan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Mudah-mudahan dengan adanya pengumuman bayaran STR Fasa 3 ini dapat meringankan rakyat dalam membuat persiapan dan perancangan untuk hari Raya Aidiladha tahun ini.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Jun 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;
“Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3, yang melebihi 2 billion ringgit, bilangan penerima 8 juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji (Aidiladha) InsyaAllah”
Untuk makluman, tarikh hari raya Aidiladha pada tahun ini adalah pada 29 Jun 2023 (Khamis). Oleh yang demikian, bayaran akan dibuat sebelum tarikh tersebut.
Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 akan dimulakan pada tarikh 26 Jun hingga 5 Julai 2023.
Para penerima diminta merujuk laman portal rasmi MySTR untuk maklumat lanjut.
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 26 Jun 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
- Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM