Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan bantuan kerajaan yang disalurkan kepada golongan-golongan yang betul memerlukan bantuan.
Pada 30 ogos lalu Perdana Menteri dalam ucapan di Sandakan, Sabah akan mengusulkan supaya bantuan bulana JKM yang diterima oleh penerima dinaikkan sehingga RM1000 dari jumlah semasa yang hanya antara RM200 – Rmm300.
“Apa yang penting kehidupan rakyat kita di akar umbi, mereka sudah sengsara terlalu lama. Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup”.
“Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,”
Sumber – Berita Harian
Perdana Menteri Muhyiddin amat sedih dengan golongan ini dan akan cuba sedaya upaya membantu golongan B40 secukupnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Senarai Bantuan JKM
Dibawah adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda boleh mohon buat masa ini:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
- Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
- Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Mohon
Jika anda tidak pernah mohon mana-mana bantuan dibawah JKM, anda boleh buat permohonan atas talian melalui ebantuan JKM atau pergi ke mana-mana pusat JKM terdekat dengan anda.
Dibawah adalah cara buat permohonan jkm atas talian yang boleh anda jadikan rujukan semasa.