GKP Geran Khas Prihatin mikro RM3000 (GKP 2.0) permohonan daftar baharu bantuan secara one-off ini boleh dibuat hingga 31 Oktober 2020 jika anda merupakan dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban yang ada perniagaan.
Gambaran dibawah adalah contoh pembayaran bagi penerima GKP yang sebelum ini. Lumayan bukan? Pasti ianya dapat ringankan beban perniagaan kita di ketika musim bencana ini.

Geran ini dibuka pada 1 mei 2020 hingga 15 mei 2020 lepas dengan kadar bantuan RM3000 setiap peniaga mikro.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kata Perdana Menteri sebentar tadi, beliau turun padang dan bergaul dengan usawahan di peringkat akar umbi, ada rungutan bahawa ramai lagi tidak menerima geran ini sebab tak sempat buat permohonan.
Malah ada juga peniaga yang tidak memenuhi syarat terdaftar sebelum 1 januari 2020.
Oleh itu, Permohonan baharu GKP akan dibuka semula pada 1 Oktober 2020 Hingga 31 Oktober 2020.
Syarat GKP 2.0
Untuk pemohon GKP 2.0 nanti, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut.
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan - Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan - Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off

Cara Buat Permohonan
Cara untuk anda membat Semakan mudah sahaja

2. Masukan no. Mykad anda tanpa (-) dan search.
3. Masukan CAPTCHA no yang diminta.
4. Klik pada “Permohonan Baharu”
5. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP sahaja.
6. Permohonan secara manual tidak akan diterima
7. Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan) Apply luar dari tarikh ni belum dibuka
Soalan Lazim FAQ GKP
Berapa Nilai Geran GKP 2.0 Yang Bakal Diperolehi?
RM3000 dan akan dibayar secara one-off
Bila Tarikh Permohonan GKP Ini?
Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan)
Bila Boleh Semak Keputusan Permohonan?
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November
2020
Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0
Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.
Lagi Sebarang Persoalan FAQ boleh Rujuk –> GKP 2.0 FAQ
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi maklumat yang tertera dibawah.
- Hasil Care Line di talian 03-89111000/603-89111100 (Luar Negera)
- Hasil Live Chat
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas Maklum Balas
- Media sosoal Rasmi
- Facebook – https;//www.facebook.com/LHDNM
- Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial
Diharap agar semua pembaca dapat SHARE dan SEBARKAN artikel ini jika anda rasakan ianya bermanfaat.