Percuma Bantuan Lesen Memandu Tahun 2024

Berita baik bagi anda semua! Bantuan MyLesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun depan 2024.

Untuk lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi, bayaran ujian memandu akan ditanggung oleh kerajaan. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu golongan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan di Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini, bantuan ini bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Program MyLesen B2 Tahun Dilanjutkan Sehingga 2024


Bantuan ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosio ekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.

Topi Keledar Percuma


Untuk membantu keluarga yang memerlukan, sebanyak 100 ribu topi keledar, termasuk yang sesuai untuk kanak-kanak, akan disediakan secara percuma. Topi keledar ini akan diedarkan kepada mereka yang layak menerima bantuan ini.

Program Ditanggung Kerajaan


Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta sahaja.

Syarat Permohonan


Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
  4. Tanggungan kepada penerima bantuan juga kayak memohon
  5. Sihat tubuh badan dan mental
  6. Belum memiliki sebarang lesen memandu
  7. Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
Lihat Juga  Tuntutan Skim Khairat Kematian RM1000 2023

Borang Permohonan


Sila rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing bagi mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.

Borang secara atas talian untuk permohonan boleh klik >> DI SINI

Percuma Bantuan Lesen Memandu Tahun 2024 1

Maklumat Lanjut


Sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) beserta butiran pengadu dan aduan. Terima Kasih!

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!