Intipati Ringkas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – PM

Berikut adalah perkongsian mengenai intipati ringkas pelang pemulihan ekonomi jangka pendek dari perdana menteri kita sebentar tadi.

Intipati perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Intipati Ringkas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - PM 2

# Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pelan baharu telah dirangka oleh Kerajaan yang diberi nama PENJANA dimana ianya terbahagi kepada 3 (tiga) iaitu :

  • Merpekasakan Rakyat
  • Melonjakkan Pekerjaan
  • Merangsang Ekonomi

Kerajaan Menerusi Perdana Menteri Perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) Dengan Tema Bersama Menjana Ekonomi – PM Muhyiddin Yassin dengan Pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang dilaksanakan sebelum ini berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan

RM9 Bilion lagi ditambah untuk memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran.

Terdapat 40 inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
.
Antara intipati PENJANA

Lihat Juga  Bantuan Untuk Peniaga B40 Dan M40 - Program Insan Johor

#Subsidi Upah

Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi

#Ekonomi Gig

  • Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG
  • Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

#Geran Kepada Pengendali Taska

Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

#Insentif Pengambilan Pekerja

Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

#Internet Percuma

Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember

#300,000 OKU

ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

#Sukuk Prihatin

Kerajaan akan terbitkan Sukuk Prihatin untuk bantu bina semula ekonomi negara

Lihat Juga  Jadual Jangkaan Masuk Duit BKC Fasa 3 - Maybank, BSN, CIMB

#Program MY30

Akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020

#Skim Pembiayaan Pelancongan

Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

#Penjana PKS

Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS

#Insentif Cukai

Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat

#Kempen Shop Malaysia Online

Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

#Pemati Stem dan E-temuduga Online

Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

#Geran Padanan Digital

Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

Lihat Juga  Sumbangan Tunai (STR) Rahmah di kreditkan ? Fasa 3 ?

#Kempen Pemilikan Rumah

Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

#Pinjaman Mudah

Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

#Lanjutkan Waktu UTC

Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

#Smart Automation Grant

Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta

#Pengecualian Cukai Pelancongan

Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

#E-dompet Kredit RM50

Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

Teks Penuh Boleh Rujuk Di Sini — Teks Penuh Ucapan PM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3