Jangan lepaskan peluang pakej telefon pintar 5G berserta pelan data, di mana telefon pintar boleh dibeli dengan harga serendah RM240 dan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.
Pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan telefon pintar model Samsung A14 ataupun Honor Lite 90 dengan harga tersebut. Namun pada 100,000 pembeli terawal, anda akan mendapat telefon pintar ini dengan harga RM120 sahaja.
Tarikh Pembelian
Bagi anda yang berminat dengan pakej 5G Rahmah ini, ia akan bermula pada 31 Ogos 2023.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca Juga: Bantuan RM100 Terus Ke MyKad
Tempoh Kontrak
Sekiranya anda melanggan pakej ini, anda akan terikat dengan kontrak mereka iaitu selama 24 bulan bersamaan dengan 2 tahun.
Anda juga akan diberi tempoh waranti selama dua tahun, berbanding sebelum ini, di mana tempoh waranti hanya diberikan selama setahun.
Cara Mendaftar
Buat masa ini, masih tidak ada lagi maklumat berkenaan cara pembelian atau pendaftaran pakej 5G Rahmah ini, namun begitu, sebarang maklumat berkenaan pakej ini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta pihak telco yang terlibat.
Syarikat Telco Yang Terlibat
- CelcomDigi Bhd
- Maxis Bhd
- Telekom Malaysia Bhd
- U Mobile Sdn Bhd
- YTL Communications Sdn Bhd
Jenis telefon pintar yang anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM240:
- Samsung (Samsung A14 5G)
- Honor (Honor Lite 90 5G)