MyKasih mempunyai lebih 250 rakan kongsi runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya bebas dan pasar mini.
Mohon juga : Tarikh Penting STR Fasa 3 Dikreditkan Sebelum Hari Raya Aidiladha : Semak Sekarang
Semak juga : TERKINI : Permohonan Bantuan Tunai Rahmah STR 2023
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca juga : e-Pengeluaran – Boleh Keluarkan Simpanan KWSP Pada Bila-Bila Masa Secara Online : Semak Sini!
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mee, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
Cara Semak
Semakan boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu:
i) Semakan SMS:
Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan bahawa kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
Sila pastikan nombor telefon semasa anda didaftarkan dengan MyKasih.
Dalam artikel ini kami akan berkongsi maklumat mengenai MyKasih: Semakan & Permohonan Bantuan Makanan, syarat kelayakan, cara memohon, dan semakan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih iaitu sejenis inisiatif tanpa tunai (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.
Selain itu, Program Bantuan KASIH JOHOR juga telah dilaksanakan untuk rakyat di negeri Johor.
Adakah anda tahu apa itu sistem MyKasih, cara mendaftar/memohon dan cara ia berfungsi?
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut mengenai MyKasih untuk makluman bersama.
Apa itu Yayasan MyKasih?
Yayasan MyKasih ialah pertubuhan NGO tempatan yang ditubuhkan pada 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isteri Puan Sri Jean dengan misi membantu keluarga dan pelajar miskin.
Bagaimanakah ia berfungsi?
Apabila keluarga yang dipilih diluluskan oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan seorang penerima, di mana butiran akaun MyKad akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan tanpa tunai.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh apabila mereka menggunakan MyKad atau kad pintar My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.