Pada masa ini, pelbagai jenis bantuan diagihkan kepada rakyat yang layak. Salah satunya ialah bantuan penting seperti barangan asas dan lain-lain.
Terdapat bantuan yang dikenali sebagai bantuan dapur berjumlah RM 300 sebulan untuk rakyat Malaysia.
TUJUAN MEMBANTU BARANG DAPUR
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) dilancarkan bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua keluarga membeli keperluan asas termasuk peralatan pendidikan pelajar agar kualiti hidup rakyat Selangor terus maju.
BANTUAN BARANG DAPUR
Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barangan dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak 2021 dan pelaksanaan akan bermula pada 2022.
Bantuan barangan dapur ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor membantu ketua keluarga dengan bantuan bulanan sebanyak RM 300.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Bantuan barangan dapur ini diberikan sebanyak RM 3,600 setahun dengan RM 300 sebulan untuk setiap keluarga yang layak.
CARA PERMOHONAN
Permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat melalui pautan rasmi BINGKAS yang disenaraikan di bawah :
Tekan pada “DAFTAR PERMOHONAN”, dan isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
Kemudian Log Masuk semula menggunakan username dan password yang telah anda tetapkan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat & kriteria kelayakan sebelum anda ingin memohon bantuan ini. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Rakyat Malaysia
- Pengundi berdaftar di Malaysia
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
- Pendapatan bulanan dalam lingkungan RM0 – RM3,000 sahaja
Kaedah Pembelian
Berikut adalah kaedah dan cara pembelian bantuan barangan dapur :
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, anda hendaklah merujuk kepada laman web rasmi BINGKAS yang disenaraikan di atas.