MamaKerja: RM1000 Untuk Ibu Yang Bekerja


MamaKerja: RM1000 Untuk Ibu Yang Bekerja

Berita Baik untuk ibu-ibu yang bekerja diluar sana, Kerajaan Negeri Selangor ingin membantu meringankan beban wanita dengan menampung kos penjagaan anak yang dikenali sebagai MamaKerja.

Insentif tunai RM1000 diperuntukkan untuk 5000 wanita Selangor, iaitu ibu yang bekerja bagi membantu meringankan beban penjagaan anak-anak.

MamaKerja: RM1000 Untuk Ibu Yang Bekerja 1

Jumlah Insentif


Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1000 sekaligus.

Syarat Kelayakan


  1. Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
Lihat Juga  Bayaran Tambahan RM350 Golongan Bujang Dikreditkan Hari Ini

Tarikh Permohonan


Permohonan akan dibuka bermula 1 November 2023

Cara Mohon


Individu yang layak dan berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah atau melalui laman web rasmi MamaKerja (https://mamakerja.selangkah.my/ )

Dokumen penting yang perlu dimuatnaik untuk memohon adalah:

  1. Kad Pengenalan pemohon;
  2. Kad Pengenalan pasangan;
  3. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
  4. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  5. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
    sekiranya tiada slip gaji;
  6. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
  7. Salinan penyata bank;
  8. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
Lihat Juga  BANTUAN SURI RUMAH & IBU TUNGGAL RM480 2022

Tarikh Semakan / Penerimaan Bayaran


Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.

Maklumat Lanjut


Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk seperti dibawah:

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!