Bantuan lesen percuma 2024, My lesen B2 akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia pada tahun depan 2024.
Kerajaan komited dan konsisten untuk membantu keluarga yang kurang mampu untuk mendapatkan lesen percuma 2024, motosikal kelas B2.
Baca juga artikel ini: Tarikh akhir bayaran STR Fasa 4 2023
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Lesen Percuma 2024
Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan tersebut bakal dinikmati lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini.
Topi Keledar Percuma
Sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak juga akan dibekalkan dan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
Ini pastinya akan membantu untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka golongan susah.
Program MyLesen B2 Tahun 2023
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Program MyLesen B2
Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023 yang dilancarkan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program MyLesen B2.
Program Ditanggung Kerajaan
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c) bagi 9,000 peserta.
Syarat Permohonan Bantuan Lesen Percuma
Syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmak/JKM/JAKOA/LHDN)
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga kayak memohon
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
Borang Permohonan MyLesen B2
Anda boleh rujuk laman media sosial JPJ negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat tentang kuota dan permohonan MyLesen B2 ini.
Anda boleh download borang permohonan https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view
Maklumat Lanjut
Anda boleh layari Soalan Lazim MyLesen B2
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Program MyLESEN?
Program MyLESEN adalah bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya belia yang terkesan akibat pandemik C19 bagi mendapatkan Lesen Memandu serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ‘gig economy’
Apakah manfaat yang diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai program MyLESEN?
Peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLESEN?
Lesen memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c)
Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLESEN?
Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih / JKM / JAKOA / Zakat / Baitulmal / LHDN / B40
Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu?
Tidak
Apakah syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLESEN?
Peserta / Calon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Penerima bantuan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN / B40)
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam (JPJ / PDRM / Mahkamah)
Institut Memandu
- Menyediakan kemudahan fasiliti kursus, latihan & ujian memandu bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan; dan
- Mempunyai pengajar yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) & kenderaan yang mempunyai Sijil Kenderaan Insititut Memandu (SKIM) mengikut kelas yang berkenaan bagi tujuan latihan & ujian memandu ke atas peserta.
Berapakah kos bayaran bagi Program MyLESEN?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu bagi Program MyLESEN?
Peserta perlu menjalani kesemua modul kurses, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Di manakah peserta perlu menjalani latihan dan ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2?
Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Insititut Memandu yang telah ditetapkan oleh JPJ sahaja
Adakah peserta dibenarkan untuk bertukar ke Institut Memandu (IM) lain setelah berjaya menjalani sebahagian daripada latihan yang ditetapkan atatu dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan latihan dan ujian?
Tidak. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan dan tidak dibenarkan untuk bertukar ke IM lain.
Peserta adalah tertakluk kepada syarat-syarat program yang ditetapkan melalui surat Aku Janji bagi memastikan komitmen
Adakah kos-kos lain yang tidak termasuk di dalam pakej yuran Program MyLESEN B2 akan turut ditanggung oleh pihak Kerajaan?
Tidak. Kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum sepanjang peserta mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.
Apakah yang menyebabkan [eserta dikeluarkan daripada menyertai Program MyLESEN?
Peserta gagal untuk menamatkan program dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tiga (3) bulan.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan berhubung pelaksanaan program MyLESEN, apakah sumber yang boleh dirujuk?
Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan program MyLESEN boleh dikemukakan kepada JPJ negeri yang berdekatan
Bilakah tarikh tutup penyertaan bagi program MyLESEN?
Permohonan dibuka bermula 30 Mei 2023 sehingga kuota penyertaan dipenuhi
Adakah peserta perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai program MyLESEN?
Tidak. Namun peserta perlu membuat pegesahan kesihatan kendiri melalui Borang Perakuan Kesihatan Calon yang telah disediakan.
Adakah Orang Kurang Upaya (OKU) dibenarkan untuk menyertai Program MyLESEN?
OKU yang dibenarkan adalah bagi kategori berikut sahaja yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:
- Pendengaran
- Pertuturan
- Pembelajaran
dengan mendapat pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah (Borang Pemeriksaan Kesihatan Permohonan Lesen Memandu Orang Kurang Upaya)