Kerajaan Malaysia & Jabatan Kebajikan Masyarakat umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula Disember kepada majoriti rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan B40.
Jabatan Kebajikan Masyarakat & kerajaan telah banyak menyediakan bantuan dan pertolongan dari segi pakej-pakej prihatin termasuk Bantuan Bakul Makanan, Bantuan Keluarga Malaysia & banyak lagi.
Golongan B40 akan terus diutamakan agar kumpulan ini tidak tertinggal ke belakang & seterusnya merapatkan jurang pendapatan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Nak RM8 PERCUMA dari Maybank?
Dapatkan di MAE Maybank2u (Klik Sini) sekarang!
Semakan Bantuan JKM RM200 Sebulan
Bantuan ini dikenali sebagai bantuan perantis atau Bantuan Latihan Perantis (BLP) di mana golongan muda daripada B40 akan dapat bantuan kewangan, latihan sambil bekerja dan latihan kemahiran.
Jumlah bantuan : RM200 sebulan.
Syarat Kelayakan Bantuan
Untuk permohonan bantuan JKM ini, pastikan anda menetapi syarat-syarat di bawah :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
- Merupakan anak-anak kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia atau;
- Merupakan bekas pelatih perintah khidmat di Malaysia atau;
- Kes-kes seliaan akhlak atau;
- Kes-kes yang layak dipertimbangkan
Objektif bantuan ini adalah untuk membantu klien jabatan atau kanak-kanak yang tercicir daripada pendidikan. Dan tujuannya juga adalah untuk mendapatkan latihan kemahiran bagi bekas pelatih di institut kebajikan.
Cara Permohonan
Pengendalian permohonan bagi bantuan ini mudah sahaja dan boleh dibuat di perngkat pejabat JKM Daerah/ Jajahan/ Bahagian.
Sediakan dokumen-dokumen sokongan seperti Salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan Kad Pengenalan pasangan, sijil kelahiran anak-anak, salinan penyata gaji, surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri) dan dokumen sokongan yang lain.
Muat turun borang di sini : Borang Permohonan JKM 18
Bagi dokumen-dokumen tersebut & juga borang yang telah diisi ke pejabat JKM yang berdekatan dengan kawasan anda.
Permohonan yang telah berdaftar akan ditapis dan disiasat untuk tujuan penilaian pengesahan bagi yang betul-betul layak sahaja.
Kelulusan permohonan bantuan ini adalah berdasarkan tempoh latihan & maksimum 24 bulan.
Info & Pertanyaan Lanjut
Info lanjut yang lengkap anda boleh dapatkan di laman rasmi di sini : Info Lanjut
Pejabat JKM Daerah : Klik Sini
Pejabat JKM Negeri : Klik Sini
Telefon : 03-8000 8000