Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya memperkenalkan Skim Mesra kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan di bawah skim ini :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan RM150 & RM500
Terdapat dua jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Skim Mesra ini iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Melalui bantuan SMUE dan SMIS ini, penerima akan dapat baucar beli-belah RM150 yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian.
Selain itu juga, penerima bantuan ini turut mendapat manfaat bantuan Khairat Kematian sebanyak RM500 kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan.
Senarai Penerima & Syarat Kelayakan Penerima
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia mulai 1 Januari 2021 (perlu memohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Dilahirkan di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Alamat di Selangor dalam kad pengenalan;
- Kini bermastautin di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran.
Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Masih hidup atau sudah meninggal dunia (perlu memohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Kini bermastautin di Negeri Selangor;
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran; ATAU
- Pemohon di bawah umur 18 tahun, ibu bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran.
Cara Permohonan
Kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Skim Mesra ini boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Skim Mesra.
Sila layari https://e-mesra.yawas.my/mesra/index.php untuk permohonan secara online.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN Selangor berhampiran.
Semoga berjaya dalam permohonan anda.