Kerajaan bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.
Berikut adalah laporan penuh berkaitan kenaikan ini.
Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 di negara ini akan menikmati tambahan khas Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM100 mulai Januari 2023.
Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita itu kepada penjawat awam melalui MAPPA XVIII: Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18.
“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT untuk gred 11 ialah RM80, jadi pada 2023, dia akan menerima kadar asas KGT RM80 dan tambahan khas RM100, menjadikan jumlah KGT yang diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) sebelum ini.
Peningkatan ini akan memanfaatkan 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
Bantuan Baucar Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Kerajaan juga bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700 dan 1 juta pesara kerajaan berjumlah RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion
Sebagai balasan kepada perkhidmatan kakitangan kerajaan, Perdana Menteri turut memutuskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.
Bersama Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan RM700 menjadikan jumlah tambahan penjawat awam yang layak pada 2023 adalah sebanyak RM2,500.
Rujuk : https://budget.mof.gov.my/ms/
- Bantuan Khas Kewangan RM 700
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM 600
- Kenaikan gaji khas RM 100 X 12 bulan = RM 1,200
- Jumlah : RM 2,500