Selain daripada jumlah asas pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 2), mereka yang layak juga akan menerima BKM Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang telah ditetapkan.
Berikut adalah maklumat berkaitan kadar bayaran bantuan BKM Tambahan.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Maksud BKM Tambahan
BKM Tambahan ialah kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak yang terdiri daripada kategori Isi Rumah Berstatus Ibu Tunggal (IBT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kadar BKM Tambahan
Kadar bayaran untuk BKM tambahan ini adalah antara RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang layak; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Dalam kes ini, penerima di atas akan menerima bayaran berdasarkan jumlah berikut :
Cara Semakan
Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut : Semakan BKM
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Laluan Keselamatan Berdaftar
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
- Klik pada Semakan Status
Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (jika layak).
Info Mengenai BKM
Talian BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel: [email protected]