Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) telah menawarkan Insentif Haji Muassasah pada tahun ini kepada 3,000 bakal jemaah yang memerlukan khususnya kumpulan B40 dan M40 di negeri berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan menerima wang tunai sebanyak RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.
Beliau menyatakan sebanyak RM1.65 juta sudah diperuntukkan bagi keseluruhan program ini yang mana permohonan dibuka bermula pada 19 Mei hingga 25 Ogos 2023.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Pemohon
Bagi memudahkan proses pendaftaran serta urusan permohonan , ianya akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Program ini telah diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program yang mana semua jemaah hendak memohon bantuan tersebut mestilah warganegara Malaysia dan menyertakan salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.
Program itu dilaksanan bagi meringankan beban dan memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah haji yang bakal diraikan sebagai ‘dhuyufurrahman’ (tetamu Allah) pada tahun ini.
Semak Bantuan Lain Di Sini
Untuk maklumat lanjut, bakal jemaah haji boleh merujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm.