Elaun Maksimum Sebanyak Rm500 Untuk Satu Keluarga .Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Bantuan yang disalurkan adalah bertujuan bau pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
- Meringankan beban penerima bantuan
- Membantu penerima bantuan untuk terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan.
JENIS BANTUAN KEBAJIKAN LAINNYA :-
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC)
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
5.Bantuan Warga Emas (BWE)
6.Bantuan Am Persekutuan (BA)
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP)
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP)
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11.Tabung Bantuan Segera (TBS)
CARA MEMOHON
Permohonan bantuan kewangan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara yang mana setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
BORANG YANG BERKAITAN