Terkini Bantuan e-Wallet RM300 Untuk Golongan B40

Bantuan e-wallet RM300 ialah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat.

Bantuan ini untuk membantu keluarga membeli barangan keperluasan asas dan termasuklah peralatan pendidikan.

Kami kongsikan cara mudah untuk memohon bantuan e wallet rm300 ini.

Baca juga artikel ini: Bantuan e-Wallet RM300

KELEBIHAN BANTUAN E-WALLET RM300 (BINGKAS)


Berikut beberapa kelebihan e-wallet RM300 untuk rakyat:

  • E-wallet boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
  • Urusniaga dilaksanakan tanpa tunai
  • Had bulanan pembelian keperluasan asas sebanyak RM300
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatic

e-wallet rm300

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN E-WALLET RM300 (BINGKAS)


Syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Lihat Juga  Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 - Duit Tunai RM150 Seorang

CARA-CARA MEMOHON E-WALLET RM300


Anda boleh untuk membuat pendaftaran BINGKAS secara online melalui https://bingkasselangor.com/log-masuk

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN


Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak/ Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian/ Perceraian/ Laporan Polis (Untuk bapa/ ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji/ Pencen Terkini (untuk penjawat awam/ pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/ Penghulu/ Ahli Majlis/ Ketua Kampung (bagi yang bekerjsa sendiri/ tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/ Penghulu/ Ahli Majlis/ Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri/ tidak bekerja)
Lihat Juga  Bantuan BKM Fasa 2 Dah Masuk | Semak Sini Sekarang!

MAKLUMAT LANJUT


Anda boleh layari https://bingkasselangor.com/manfaat

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!