Pengumuman Dividen KWSP 2023/2024 – Semak Di Sini


Pengumuman Dividen KWSP 2023/2024 – Semak Di Sini

Pengumuman dividen KWSP 2023 2024 akan diumumkan tidak lama lagi. Pastinya pengumuman dividen KWSP ini ditunggu oleh setiap pencarum KWSP.

Portal Malaysia kongsikan kepada anda beberapa info terkini berkaitan dividen KWSP 2023 2024.

Baca juga artikel ini: Tarikh Bayaran Bantuan JKM Januari 2024

Dividen KWSP 2023


Menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 27, dividen minumum diperuntukkan sebanyak 2.5% setahun untuk simpanan pencarum.

Caruman setiap ahli KWSP dijamin akan menerima kadar dividen untuk simpanan akaun kwsp mereka setiap tahun.

Kadar Dividen KWSP 2023 Lebih Baik


Tahukah anda, dijangkakan KWSP akan mengumumkan dividen sekitar kadar 5.5 sehingga 6.5 peratus.

Lihat Juga  MYDIN Buat Combo Box IKS, Bantu Peniaga Bangkit Pasca Pandemik

Kadar KWSP ini lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya pada tahun 2022.

Perkara ini disokong oleh kenyataan Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid penganalisis Ekonomi UniKL Business School yang berkata jangkaan positif pengagihan kadar dividen lebih baik pada tahun 2023.

Hal ini berikutan prestasi suku tahun semasa KWSP.

“KWSP dijangka memberikan pulangan dividen lebih baik dengan unjuran untuk 2023 adalah antara 5.5 sehingga 6.5 peratus,” Katanya kepada pemberita.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2024


Dijangkakan KWSP akan mengumumkan kadar dividen dalam pertengahan, penghujung bulan Februari atau awal Mac 2024.

semakan dividen kwsp

Cara Semak Dividen KWSP


Anda boleh membuat semakan dividen kwsp melalui i-Akaun:

  • Layari laman web www.kwsp.gov.my
  • Kemudian tekan ikon Login
  • Masukkan ID & Kata Laluan yang didaftarkan
  • Klik View Details di bahagian menu dividen
  • Makumat dividen anda kemudian akan dipaparkan
  • Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!