Adakah anda terjejas dengan PKP 3.0 ini? Jika ya, anda digalakkan membuat permohonan moratarium selama 3 bulan atau 6 bulan. Baca artikel selanjutnya disini.
Bagi mereka yang terjejas dan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) anda diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium automatik selama tiga bulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan tersebut turut boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
“Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari pada lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion. Industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai selasa.
Anda hanya perlu menghubungi pihak bank anda untuk membuat permohonan moratarium automatik ini kerana setiap bank mempunyai syarat dan kelonggaran yang berbeza. Ianya termasuk moratarium pinjaman rumah dan pinjaman kereta.
Kerajaan juga memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dimana melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
“Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan,” ujarnya.
Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk memberi Bantuan Khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500 ringgit kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.
Jelasnya, bantuan yang berjumlah RM68 juta itu akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) juga akan meneruskan program Mara PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
Katanya, peminjam di bawah program Prihatin peace of mind boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau pinjaman perniagaan.
“Bagi usahawan Mara yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021 selama 3 bulan,” ujar Muhyiddin Yassin.
Portal Malaysia berharap agar Bantuan PKP 3.0 ini dapat meringankan beban kita rakyat Malaysia keseluruhannya insyaAllah amin.