Cara Tebus Bantuan RM600

Cara tebus bantuan RM600 bagi pekerja dalam bidang Kerjaya Gig ekonomi. Kerjaya Gig yang dimaksudkan adalah kerjaya seperti freelancer, pemandu Grabfood, FoodPanda, Lalamove dan sebagainya.

Dalam era pandemik ini, permintaan terhadap makanan dalam talian tumbuh seperti cendawan. Rakyat Malaysia sudah mula biasa dengan norma baharu yang hanya perlu pesan makanan daripada rumah tanpa perlu keluar.

Atas permintaan yang semakin melonjak ini, Kerajaan dengan kerjasama PERKESO bersetuju untuk membuat program terbaru iaitu Program Bantuan Kerjaya Gig Ekonomi Malaysia.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bantuan Kerjaya Gig


Program Kerjaya Gig di bawah PenjanaKerjaya ini dikhaskan kepada pekerja yang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan melalui platform aplikasi digital untuk mendapatkan upah & komisyen.

Contoh : FoodPanda, LalaMove, Grabcar & lain-lain.

Dalam insentif Kerjaya Gig ini, pemohon boleh dapatkan bantuan sebanyak RM600. Khas bagi invidu yang ditawarkan pekerjaan sementara/ gig sehingga 6 bulan.

Mohon Juga : BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) – Bantuan sehingga RM2,000!

Syarat Kelayakan


  • Pekerja yang didaftarkan di PERKESO tetapi ada notis cuti tanpa gaji;
  • Kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO;
  • Penganggur lebih 180 hari;
  • OKU, ibu tunggal, ketua keluarga yang berdaftar e-kasih, bekas banduan & sebagainya.
Lihat Juga  I-Ceria KWSP - Bantuan Pengeluaran One-Off Terakhir

Semua pekerja yang mahukan program ini perlu berumur 18- 60 tahun ke atas.

Bukti Pembayaran


Gambar resit di bawah adalah salah satu contoh pembayaran bagi mereka yang telah berjaya tebus bantuan kerajaan ini.

Tak rugi pun kalau mohon. Hanya perlu ikut secara teliti cara permohonan tersebut.

cara tebus rm600 kerjayagig

Cara Permohonan


Ikuti panduan langkah permohonan di bawah :

  1. Sila daftar di portal rasmi MyFutureJobs di pautan berikut : https://www.myfuturejobs.gov.my/
  2. Cari syarikat yang ada menawarkan kerjaya gig/ freelancer. Pastikan syarikat tersebut sudah berdaftar dengan PERKESO.
  3. Antara yang anda boleh mohon adalah GrabFood, Bungkusit dan lain-lain.
  4. Selepas anda diterima bekerja, anda perlu pastikan syarikat tersebut daftarkan diri anda dalam portal PenjanaKerjaya untuk tebus RM600 tersebut.
  5. Jika lulus, anda akan dapat akses ke dalam portal tersebut melalui email.
  6. Sila kemaskini maklumat peribadi dan aktiviti anda setiap bulan untuk claim.
Lihat Juga  Jom Mohon! Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021

Jika permohonan anda diluluskan, anda bakal dapat RM600 sebulan selama 6 bulan berturut-turut.

Info Lanjut


Antara objektif KerjayaGig ini adalah untuk membantu golongan penganggur dalam kehidupan seharian sehingga mereka memperoleh pekerjaan sepenuh masa yang lebih menjamin masa depan.

Semoga dengan insentif dan bantuan kerajaan ini, dapat memberi peluang kepada lebih ramai pekerja untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Maklumat lanjut permohonan sil hubungi di talian berikut :

1-300-22-8000/ 03-80915300

Atau layari Facebook PERKESO. Semoga Berjaya!

 

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3