MARA menyediakan premis perniagaan untuk disewa dengan kadar berpatutan bergantung kepada keluasan dan lokasi di pelbagai tempat dan negeri. Anda boleh rujuk mana-mana mara berdekatan atau laman facebook mara Negeri masing-masing untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kekosongan semasa premis mara. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat berkenaan perkara diatas dan cara membuat permohonan :
Jenis-Jenis Premis Mara
Arked
- Bangunan yang mempunyai laluan/lorong berhubung/tertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri dan kanannya
- Mempunyai kemudahan-kemudahan asas (parkir, tempat makan, surau)
Bazar
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Bangunan sederet setingkat atau lebih
Lot Komersial
- Lot niaga yang dibeli di kompleks-kompleks komersial / premis-premis perniagaan
a) Halal Park
b) Kawasan Indusri MARA (KIM)
- Lot industri perkhidmatan, pembuatan dan perusahaan
- Terletak di kawasan perindustrian
Syarat Kelayakan
Bagi anda yang ingin membuat permohonan penyewaan premis perniagaan MARA ini, di bawah ialah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Berumur di antara 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
- Mempunyai lesen/daftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat (SSM) atau Tatacara Pelaksanaan Syarikat/Memorandum & Association (M&A) bagi Syarikat Sdn. Bhd.
- Bebas dari rekod Senarai Hitam (CTOS).
- Kesesuaian dan daya maju perniagaan/perusahaan yang dicadangkan.
- Tidak muflis.
Cara Buat Permohonan
Untuk membuat permohonan premis perniagaan anda perlu mendapati borang permohonan di :
- Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran dengan tempat perniagaan ingin dijalankan
Lokasi Premis Mara
Bagi anda yang ingin membuat permohonan, anda boleh memilih lokasi premis MARA yang berdekatan dengan anda dan tapak perniagaan yang anda mahukan. Di bawah ialah jumlah projek dan lokasi premis MARA yang ada :
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial di talian 03-26134330 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak memudahkan perniagaan anda untuk mendapatkan premis yang bersesuaian dan strategik.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh berhubung ke Bahagian Infrastruktur Komersial di talian 03-26134330 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.
Sumber : Premis Perniagaan – Mara