Kerajaan kini lebih prihatin akan masalah kewangan yang dibebani oleh rakyat terutamanya golongan miskin tegar dan B40.
Tambahan pula dengan tekanan akibat daripada wabak pandemik ini yang mengakibatkan ramai orang kehilangan kerja, pendapatan serta harga barang yang makin naik membuatkan kehidupan semakin susah.
Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan beberapa pakej bantuan yang telah dibentang dalam pembentangan Belanjawan 2022.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Antara bantuan yang ramai nantikan adalah Bantuan Keluarga Malaysia. Bantuan ini telah dijenamakan semula di mana sebelum ini dipanggil sebagai Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Sara Hidup.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Bantuan Keluarga Malaysia
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan dan ianya merupakan bantuan kewangan secara tunai dan akan diberikan kepada golongan yang bersasar dan memerlukan iaitu golongan miskin tegar, B40 & M40. Termasuk juga warga emas & golongan bujang.
Menariknya bantuan ini berbanding bantuan-bantuan sebelum ini, BKM adalah bantuan paling banyak yang pernah diberi kerajaan untuk rakyat Malaysia.
Syarat Kelayakan BKM
Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini :
1. Isi rumah – Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah.
2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
– Pendapatan isi rumah mestilah bawah RM5,000 ke bawah
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
3. Bujang
– Ibu/ Bapa tunggal yang tidak mempunyai anak;
– Umur 21- 59 tahun
– Pendapatan bawah RM2,500 ke bawah.
Cara Permohonan
Jika anda menepati kriteria syarat kelayakan di atas, untuk permohonan sila baca di bawah :
Bagi mereka yang ingin memohon BKM ini, permohonan tidak perlu dibuat kerana kelayakan penerima adalah berdasarkan data-data dalam penerima BPR 2021, penerima BKC untuk golongan B40 & data pemohon BPR 2021 yang tak lulus atas alasan dapat GKP.
Data-data tersebut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem kelayakan BKM untuk tujuan verifikasi kelayakan.
Jika maklumat anda tiada di dalam rekod pangkalan data sedia ada LHDNM, permohonan baru BKM perlu dibuat.
Manakala jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi anda, kemas kini perlu dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan kerajaan ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.
Tarikh pembayaran akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Maklumat lanjut boleh klik di sini.