Bayaran STR Fasa 4 terakhir bagi tahun 2024 sudah mula dikreditkan pada 7 November lalu. Namun begitu masih ramai yang belum terima bayaran ini sehingga ke hari ini. Adakah mereka akan dapat hujung tahun ini? Atau dikreditkan sehingga tahun depan?
Kami kongsikan cara semak status pembayaran STR Fasa 4 akhir.
Baca juga artikel ini: Bonus Penjawat Awam RM1000
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank
Berikut dikongsikan waktu jadual bayaran STR Fasa 4 mengikut bank:
- Agro Bank – Selepas 8 Malam
- Affin Bank – Selepas 8 Malam
- Bank Islam – Selepas 9 Malam
- RHB Bank – Selepas 9 Malam
- Bank Rakyat – Selepas 8 Malam
- Maybank – Selepas 12 Tengah Hari
- Cimb – Selepas 12 Tengah hari
- BSN – 6 November
- Public Bank – Selepas 12 Tengah hari
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 4
Anda boleh untuk membuat semakan online status STR di portal melalui cara-cara berikut.
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik semakan permohonan
- Klik maklumat bayaran
Tarikh Bayaran
Melalui jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM, sumbangan tunai rahmah fasa 4 telah dibayar bermula 7 November 2023 baru-baru ini.
Berapa Jumlah Bayaran?
Untuk pengetahuan semua, jumlah bayaran STR Fasa 4 berbeza mengikut kategori masing-masing.
Ketegori Yang Layak Terima STR Fasa 4
Hanya dua kategori sahaja yang layak menerima STR iaitu:
- Isi Rumah
- Warga Emas
Jumlah & Jadual Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 4
Kami kongsikan kepada anda jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing:
Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – Rm1,200
Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada bayaran
- Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
- Bil anak 3-4 – RM300
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun Pendapatan Bawah RM5,000
- RM200
Bujang Berumur 21-59 Tahun
- Tiada Bayaran
Bujang OKU berumur 19-59 Tahun
- Tiada Bayaran
Cara Pembayaran Fasa 4
Cara pembayaran STR Fasa 4 sama juga dengan fasa 1 sehingga fasa 3 sebelum ini.
Pembayaran akan dibuat melalui cara berikut:
- Pengkreditan Ke Akaun Bank Secara Berperingkat
- Secara Tunai Di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya ada masalah seperti:
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank
Apa Kadar Tambahan Bayaran STR 2023?
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas MYKasih bernilai RM100 untuk tempoh masa 6 bulan.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?
Antara RM200 sehingga RM1200 mengikut kategori kelayakan
Bila tarikh bayaran STR Fasa 4?
November 2023
Cara Membuat Semakan STR Online?
Layari portal MySTR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kategori Bujang dapat fasa 4?
Tidak dapat
Siapa Layak terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4?
Penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR