Bayaran Insentif Awal penjawat awam telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Berita gembira ini pastinya disambut baik oleh golongan penjawat awam dan juga pesara sementara.
Kami kongsikan maklumat terkini kepada anda.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca juga artikel ini: Bantuan lesen percuma 2024
Bayaran Insentif Awal
Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun depan.
Sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam selesai, Perdana Menteri setuju untuk memberikan insentif awal ini.
Jumlah Bayaran Insentif Awal
Berikut jumlah bantuan yang akan diterima oleh penjawat awam:
- Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak akan menerima RM2000
- Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) – RM1000
Tarikh Bayaran Bonus 2024
Bayaran insentif awal ini akan dibayar pada akhir Februari 2024.
Cara Pelaksanaan Bayaran Insentif Awal
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat edaran bagi memaklumkan kaedah pelaksanaan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi tahun 2023 yang meliputi mereka yang kayak dibayar dan tidak layak dibayar.