Baucar Perlindungan Tenang (PTV). Claim & Tebus insurans/ takaful baucar Perlindungan Tenang ini untuk B40 sehingga RM75.
Selain daripada perlindungan kesihatan, Kerajaan bercadang untuk perluaskan lagi perlindungan sosial melalui Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40.
Melalui program Baucar Perlindungan tenang ini, baucar sebanyak 50 ringgit akan diberikan kepada setiap penerima bantuan B40 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Selain itu, pada masa yang sama, Kerajaan juga akan memanjangkan tempoh pengecualian duti setem terhadap semua produk Perlindungan tenang dengan nilai premium atau sumbangan tahunan yang tidak lebih daripada 100 ringgit untuk tempoh 5 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025. Baca perkongsian di bawah mengenai Baucar Perlindungan Tenang :
Apa itu Perlindungan Tenang?
📋Penawaran jaring keselamatan untuk diri sendiri dan keluarga juga termasuk dalam perlindungan insurans dimana ia merupakan satu bahagian penting dalam perancangan kewangan untuk masa depan. Jika terdapat sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti berlaku kematian atau kebakaran, perlindungan insurans akan bertindak dalam memastikan semua orang mendapat perlindungan dari segi kewangan.
📋Jika mempunyai perlindungan insurans ini, dengan penerimaan sejumlah wang ia dapat memberikan ketenangan fikiran kepada anda serta tempat kebergantungan oleh orang tersayang dan ia juga dapat membantu perbelanjaan harian dan juga memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
📋Dengan adanya Perlindungan Tenang, ia dapat memudahkan anda untuk membeli pelan perlindungan yang mengikut kemampuan dan senang difahami dengan proses tuntutan yang mudah dan ringkas.
📋Anda boleh mendapatkan produk yang ada logo Perlindungan Tenang dari syarikat insurans yang mahukan.
Manfaat Perlindungan Tenang
Berikut ialah manfaat yang anda kan perolehi jika akan mempunyai Perlindungan Tenang ini :
💰Perlindungan Tenang ini menawarkan perlindungan insurans mengikut kemampuan anda dimana pakej premium hanya bermula dari beberapa Ringgit setiap bulan dan pelan tersebut juga boleh diperbaharui setiap tahun.
📝Perlindungan Tenang ini dapat memudahkan anda kerana senang difahami serta ia juga membuat bayaran sekaligus kepada benefisiari (penama) apabila berlaku kematian.
💻Perlindungan tenang ini juga mudah untuk dibeli kerana anda boleh membuat pembelian secara langsung di Internet atau daripada syarikat insurans atau wakil. Anda juga boleh mendapatkan Perlindungan Tenang ini di cawangan bank terpilih dan syarikat pengendali telefon mudah alih.
🗂Perlindungan Tenang ini juga mempunyai proses tuntutan yang mudah dimana tuntutan yang disertakan dokumen yang lengkap akan dibayar dalam tempoh (5) hari bekerja.
Antara Syarikat Insuran Tawar Skim Perlindungan Tenang
📌AIA Perlindungan Tenang – Mampu dan Mudah
Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai Perlindungan Tenang kerana ia merupakan satu bahagian penting dalam perancangan kewangan untuk masa depan dan memberi perlindungan kewangan jika terdapat sesuatu kejadian yang tidak diingini.
Sumber : PIAM