Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 B40 2024 – Semak Di Sini

Permohonan bantuan warga emas RM500 B40 2024 kini dibuka. Jangan lupa mohon bantuan warga emas untuk ibu bapa anda.

Bantuan warga emas merupakan bantuan yang disediakan khusus untuk warga emas di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat.

Jumlah sebelum ini hanya RM350, tetapi kini jumlah bantuan warga emas dinaikkan kepada RM500.

Sekiranya warga emas memenuhi syarat yang ditetapkan, mereka boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.

Baca Juga Artikel Ini: Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1 Mengikut Kategori

Jumlah Bantuan Warga Emas RM500 B40 2024


RM500 seorang sebulan

Tujuan Bantuan Warga Emas 


Bantuan ini untuk warga emas yang sangat miskin (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk membantu mereka terus hidup.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500


Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Warga Emas:

  • warganegara dan penduduk Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan isi rumah miskin (PGK) semasa atau purata pendapatan garis kemiskinan per kapita semasa, dan
  • Warga emas yang tidak tinggal di: Institusi yang dikendalikan oleh JKM atau
  • Pusat jagaan/penginapan yang menyediakan kemudahan/perkhidmatan secara percuma
Lihat Juga  Bantuan Untuk Peniaga B40 Dan M40 - Program Insan Johor

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah mematuhi Senarai Serentak antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, yang terkandung dalam Perkara 3 – Jadual Sembilan Senarai Perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

bantuan warga emas rm500 b40

Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 B40


Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat seluruh negeri masing-masing.

Setiap permohonan pendaftaran akan dinilai untuk menentukan sama ada pemohon layak mendapat bantuan.

Cetak borang di bawah, isi maklumat yang diperlukan, dan bawa ke kaunter:

Lihat Juga  [RASMI] Bantuan KWSP RM500 Kepada 2 Juta Ahli - Permohonan

bantuan warga emas rm500 b40

Dokumen Sokongan


Anda juga perlu membawa bersama dokumen berikut agar permohonan anda untuk Bantuan anda diproses dan dinilai:

  • Salinan terkini kad pengenalan pemohon
  • Salinan terkini kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak
  • Salinan terkini sijil kelahiran anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan slip gaji (jika ada)
  • Dokumen lain yang berkaitan

Maklumat lanjut


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!