Permohonan untuk Bantuan Wang Ihsan kini dibuka kepada setiap keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di Malaysia.
Kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukkan sebanyak RM1,000 & RM5,000 kepada setiap ketua isi rumah bagi membantu membaiki kerosakan rumah, parit serta infrastruktur yang lain pasca banjir.
Baca Juga : Bantuan Banjir RM1,000
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan kewangan ini daripada RM500 kepada RM1,000 khas untuk mereka yang terjejas dengan bencana Monsum Timur Laut & juga banjir.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan terbahagi kepada 2 iaitu RM1,000 & RM5,000.
RM1,000 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak.
Di mana, RM5,000 akan diberikan kepada waris mangsa kematian.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Merupakan mangsa bencana
- Mendiami/ menduduki rumah persendirian
- Wajib daftarkan nama & maklumat lengkap dengan menggunakan nama KIR
- Pendaftaran nama yang sah harus dilakukan dengan daftar kepada JKM (jika berpindah ke PPS) atau daftar dengan JPKK/ Ketua Komuniti (jika tidak berpindah ke PPS)
Mohon Juga : Bantuan Orang Tua RM500
Cara Permohonan (Klik Bawah)
Tiada permohonan online, hanya boleh dibuat secara manual sahaja.
Sila pergi ke Pejabat Daerah masing-masing.
Ketua isi rumah yang telah berpindah ke PPS, sila rujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Pegawai daerah akan hantar borang permohonan anda kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kemudian, peruntukkan wang bantuan akan disalurkan oleh NADMA kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembayaran.
Info Lanjut
Sila layari laman rasmi NADMA di sini.