Untuk Makluman, Bantuan Lesen memandu percuma ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia kumpulan B40 yang dilancarkan pada tahun 2023.
Program khas ini boleh disertai oleh golongan B40 yang berkelayakan bagi mendapatkan lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV). Program MyPSV ini akan memberi manfaat kepada ramai terutama golongan muda.
Perlaksanaan inisiatif khas MyPSV ini melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan memperkasa kumpulan B40 yang terjejas. Mereka yang berkelayakan boleh memiliki lesen memandu motorsikal/ kereta (e-hailing), teksi dan bas.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan diberikan kepada kumpulan B40
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
- Bebas dari senarai hitam, JPJ, PDRM dan Mahkamah
Tarikh Mohon
3 Julai 2023 (Permohonan akan ditutup sehingga mencapai had kuota)
Nota : Kuota permohonan bagi menyertai program bantuan lesen MyPSV ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja. Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk menerima manfaat yang ditawarkan ini.
Cara Daftar
Panduan lengkap cara daftar permohonan, sila layari laman web rasmi Klik MyPSV