Bantuan Tambahan RM500 KWSP One-Off 2024 – Semak Di Sini


Bantuan Tambahan RM500 KWSP One-Off 2024 – Semak Di Sini

Bantuan tambahan RM500 KWSP one-off dikreditkan kepada 1.4 juta ahlinya. Caruman tambahan kerajaan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kewangan.

Portalmalaysia kongsikan maklumat terkini bantuan tambahan RM500 KWSP one-off.

Baca juga artikel ini: Pengumuman Dividen KWSP 2023

Bantuan Tambahan RM500 KWSP


KWSP telah mengkreditkan bantuan tambahan RM500 yang berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP.

Syarat Kelayakan 


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 dan ke bawah 55
  • Mempunyai simpanan KWSP RM10,000 ke bawah dalam akaun 1

bantuan tambahan rm500 kwsp

Tujuan Bantuan Tambahan RM500


Tahukah anda bantuan tambahan RM500 one-off ini telah diumumkan sewaktu Belanjawan 2023?

Tujuan bantuan tambahan RM500 KWSP ini untuk memberi galakkan kepada ahli supaya mereka terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Hal ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat masa depan.

bantuan tambahan rm500 kwsp

Cara Semak Baki Akaun KWSP


Cara mudah semak baki akaun seperti berikut:

  • Pergi ke cawangan KWSP terdekat
  • Semak melalui kiosk KWSP
  • Secara online melalui i-Akaun

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!