Pendaftaran baru dan kemas kini untuk permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia kini boleh dilakukan sehingga tarikh tutup 31 Januari 2022.
Tahukah anda, kerajaan juga telah umumkan bantuan tambahan BKM sehingga RM500 kepada golongan yang layak.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Bantuan Tambahan RM500
Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan tambahan ini?
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kadar tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini merupakan bantuan tambahan sebanyak RM300 hingga RM500 kepada golongan isi rumah.
Siapa Yang Layak?
Golongan yang layak adalah kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak tanggungan dan juga isi rumah yang berstatus Warga Emas.
Syarat Kelayakan IBT & Warga Emas
- Dalam kategori isi rumah;
- Mempunyai anak tanggungan yang menepati syarat;
- Pendapatan RM2,500 & ke bawah atau RM2,501 – RM5,000.
Untuk ketahui fasa pembayaran, anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh pembayaran BKM dalam portal ini.
Jumlah Bayaran Tambahan
Tambahan RM500 kepada isi rumah berstatus IBT (Ibu Bapa Tunggal) & tambahan RM300 kepada isi rumah berstatus Warga Emas.
Anda boleh rujuk jadual bayaran di bawah untuk fahaman lanjut :
Contoh : Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000.
Namun, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda sebanyak RM2,500.
Info Lanjut
Jika anda telah buat semakan BKM dan status mengenai maklumat pasangan anda masih belum ditukar, sila kemas kini maklumat tersebut dengan segera sebelum tarikh tutup.