Bantuan STR Fasa 4: Jumlah Bayaran Kategori Isi Rumah B40 Bermula 7 November

Bantuan STR Fasa 4 untuk kategori keluarga adalah berbeza mengikut jumlah anak masing-masing. Ada 4 kategori bayaran berbeza mengikut jumlah anak dalam keluarga yang perlu anda tahu.

Esok bantuan STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat-peringkat sehinggalah 9 November 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023 kini berada dalam fasa akhir iaitu fasa 4.

CLAIM eMadani RM100 + RM600* Sekarang! -> Claim Disini

Pembayaran ini merupakan pembayaran fasa yang terakhir bagi tahun 2023.

Baca juga artikel ini: Bantuan Warga Emas RM500 2023

Bantuan STR Fasa 4


Anda boleh untuk membuat semakan online status STR di portal melalui cara-cara berikut.

  • Layari bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik semakan permohonan
  • Klik maklumat bayaran

Tarikh Bayaran 


Melalui jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM, sumbangan tunai rahmah fasa 4 telah pun diterima oleh beberapa bank hari ini seperti Bank BSN. Namun begitu secara rasminya, 7 November 2023 STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat peringkat sehingga 9 November ini.

Berapa Jumlah Bayaran?


Untuk pengetahuan semua, jumlah bayaran STR Fasa 4 berbeza mengikut kategori masing-masing.

Ketegori Yang Layak Terima STR Fasa 4


Hanya dua kategori sahaja yang layak menerima STR  iaitu:

  • Isi Rumah
  • Warga Emas

Jumlah & Jadual Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 4


Kami kongsikan kepada anda jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing:

Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas – Rm1,200

bantuan str fasa 4

Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM500

Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun Pendapatan Bawah RM5,000

  • RM200

bayaran str fasa 4

Bujang Berumur 21-59 Tahun

  • Tiada Bayaran

Bujang OKU berumur 19-59 Tahun

  • Tiada Bayaran

Cara Pembayaran Fasa 4


Cara pembayaran STR Fasa 4 sama juga dengan fasa 1 sehingga fasa 3 sebelum ini.

Pembayaran akan dibuat melalui cara berikut:

  • Pengkreditan Ke Akaun Bank Secara Berperingkat
  • Secara Tunai Di Kaunter BSN
Lihat Juga  Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula November

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya ada masalah seperti:

  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank

Apa Kadar Tambahan Bayaran STR 2023?


Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas MYKasih bernilai RM100 untuk tempoh masa 6 bulan.

Soalan Lazim (FAQ)


Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?

Antara RM200 sehingga RM1200 mengikut kategori kelayakan

Bila tarikh bayaran STR Fasa 4?

November 2023

Cara Membuat Semakan STR Online?

Layari portal MySTR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kategori Bujang dapat fasa 4?

Tidak dapat

Siapa Layak terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4?

Penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR

 

 

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!