Bantuan STR 2024 antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan 2024 baru-baru ini.
Kategori isi rumah merupakan antara golongan yang akan mendapat manfaat lebih menjelang tahun depan 2024.
Berikut senarai bantuan STR jumlah dan kategori 2024.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca juga artikel ini: Bantuan Tambahan STR RM600 2023
Bantuan STR 2024
Peruntukan bantuan STR 2024 meningkat sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringit Malaysia.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Perincian bagi kategori isi rumah dan bilangan anak akan dibuat oleh kementerian kewangan selepas ini.
Jumlah bantuan STR 2024
Bantuan STR untuk golongan belia juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500.
Bantuan pertama untuk isi rumah pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM500.
Tarikh Bayaran Bantuan STR 2024
Bulan Februari 2024.
Permohonan Baharu Bantuan STR 2024
Permohonan baharu akan dibuka awal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sebelum ini.
STR FASA 4 2023
Berikut kami kongsikan bantuan STR Fasa 4 yang akan diterima tahun ini.
Cara Semak Status STR 2023
Anda boleh untuk membuat semakan online status STR di portal melalui cara-cara berikut.
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik semakan permohonan
- Klik maklumat bayaran
Tarikh Bayaran
Melalui jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM, sumbangan tunai rahmah fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.
Namun demikian, sama-sama kita menantikan pengumuman yang akan diumumkan oleh kerajaan daripada semasa ke semasa.
Berapa Jumlah Bayaran?
Untuk pengetahuan semua, jumlah bayaran STR Fasa 4 berbeza mengikut kategori masing-masing.
Ketegori Yang Layak Terima STR Fasa 4
Hanya dua kategori sahaja yang layak menerima STR iaitu:
- Isi Rumah
- Warga Emas
Jumlah & Jadual Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 4
Kami kongsikan kepada anda jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing:
Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 & Ke Bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – Rm1,200
Isi Rumah (Tiada Had Umur) Dengan Pendapatan RM2,500 Hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada bayaran
- Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
- Bil anak 3-4 – RM300
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun Pendapatan Bawah RM5,000
- RM200
Bujang Berumur 21-59 Tahun
- Tiada Bayaran
Bujang OKU berumur 19-59 Tahun
- Tiada Bayaran
Cara Pembayaran Fasa 4
Cara pembayaran STR Fasa 4 sama juga dengan fasa 1 sehingga fasa 3 sebelum ini.
Pembayaran akan dibuat melalui cara berikut:
- Pengkreditan Ke Akaun Bank Secara Berperingkat
- Secara Tunai Di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya ada masalah seperti:
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank
Apa Kadar Tambahan Bayaran STR 2023?
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas MYKasih bernilai RM100 untuk tempoh masa 6 bulan.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4?
Antara RM200 sehingga RM1200 mengikut kategori kelayakan
Bila tarikh bayaran STR Fasa 4?
November 2023
Cara Membuat Semakan STR Online?
Layari portal MySTR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kategori Bujang dapat fasa 4?
Tidak dapat
Siapa Layak terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4?
Penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR