Skim Smart Sewa Selangor adalah inisiatif dari negeri Selangor untuk menangani masalah kenaikan harga rumah bagi memberi peluang untuk menyewa di negeri Selangor.
Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
- Pendapatan seisi keluarga iaitu;
- tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
- tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Tempoh Sewaan
- Maksimum 5 tahun
- Minimum 2 tahun
Lokasi Projek
Berikut merupakan lokasi projek yang anda boleh mohon:
- Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang
- Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang
- Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong
- Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang
- Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam
- Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang
- Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
- Pangsapuri Idaman Abadi, Klang
- Pangsapuri Harmoni, Putra Heights
- Pangsapuri Serunai, Bukit Raja
- Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning
- Pangsapuri Kemuning Idaman, Kemuning Utama
- Pangsapuri De Cemara, Setia Alam
- Pangsapuri Putra Prima, Puchong
Cara Mohon
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:
- Permohonan adalah secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat >> https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/registerÂ
- Daftar akaun anda terlebih dahulu
- Selepas melengkapkan pendaftara, log masuk ke akaun anda
- Lengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan
- Muat turun permohonan melalui laman web >> BORANG DAFTAR
- Print borang permohonan anda
- Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.
- Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke alamat dibawah:
- Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. - atau scan dan emel ke: [email protected]
Setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi pegawai bertugas di talian seperti dibawah: