Lembaga Zakat Selangor memperkenalkan bantuan sewa rumah atau bilik kepada asnaf muallaf. Jika anda layak boleh mohon bantuan ini dengan mudah.
Bantuan ini juga adalah untuk meringankan beban dan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar sewa rumah bulanan.
Dokumen Sokongan
- Salinan Mykad pemohon yang disahkan
- Salinan dokumen pengesahan memeluk Islam yang dikeluarkan oleh MAIS atau MAIN / JAIN
- Salinan kad pengenalan pemilik rumah atau dokumen perjanjian sewaan rumah/ bilik Untuk permohonan kali pertama
- Borang Pengesahan Sewa Rumah/ Bilik LZS (Jika tidak menggunakan Dokumen Perjanjian)
- Surat kuasa bagi wakil yang menguruskan bilik / rumah yang disewa daripada tuan rumah (jika perlu)
- Bagi permohonan semula bantuan, perlu dilampirkan Salinan kad pengenalan/ dokumen perjanjian sewaan rumah/ bilik jika
- Bertukar rumah/ bilik sewa
- Bertukar pemilik rumah
- Salinan dokumen sewa rumah (bagi rumah sewa yang diuruskan oleh agen)
- Salinan akaun bank pemilik rumah/ yang mengandungi nama bank, nama dan nombor akaun pemilik rumak/ bilik. (permohonan kali pertama, bertukar rumah/ bertukar pemilik dan bertukar no akaun bank pemilik sahaja)
- Salinan Bil Utiliti (Api / Air / Cukai Pintu) rumah yang disewa
Cara Mohon
Anda boleh mohon bantuan ini di laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Boleh dapatkan borang bantuan secara atas talian – SENARAI SEMAK PERMOHONAN BANTUAN MUALLAF
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lankut boleh ke laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor