Program ini merupakan program di bawah Bajet 2022 kerajaan negeri, untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir. Ini adalah insentif kerajaan negeri dengan bantuan berjumlah RM300.
Program Bantuan RM300 untuk bayi yang baru lahir ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.
Baca Juga : Semakan BKM untuk bulan Jun 2022
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jumlah Bantuan
Kerajaan Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan kenaikan kadar bantuan ini kepada RM300 adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran
Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai 2022 layak menerima saguhati tersebut di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tambahnya, tujuan pemberian bantuan adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang. “Justeru, jumlah peruntukan program ini ialah RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.
Sumber : Bantuan Dinaikkan Kepada RM300 Untuk Anak Pahang
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600.