Bantuan RM100 Untuk Penerima STR Bulan November 2023

Bantuan RM100 akan diterima oleh penerima STR sehingga bulan Disember ini.

Bantuan RM100 setiap bulan ialah bantuan Tambahan STR RM600 untuk golongan B40 sudah mula dikreditkan bermula Julai sehingga bulan Disember 2023.

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa bantuan tambahan STR RM600 atau lebih dikenali Sumbangan Asas Rahmah (SARA)  akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar mulai 17 Julai 2023.

CLAIM eMadani RM100 + RM600* Sekarang! -> Claim Disini

Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023.

Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai berjumah RM600 dengan kadar RM100 setiap bulan untuk tempoh masa 6 bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut dada eKasih.

Lihat Juga  Skim Zakat Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Baca juga artikel ini: Bonus Penjawat Awam RM2000 tahun 2024

Bantuan RM100 Setiap Bulan Sehingga Disember 2023


Bantuan RM100 akan diterima oleh para penerima STR berupa bantuan untuk membeli barang keperluan asas tanpa tunai sehingga bulan 12 2023.

Apa Itu Bantuan Tambahan STR RM600?


Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data ekasih.

Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/ kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.

Kelayakan Menerima SARA


Kelayakan SARA adalah terhad kepada mereka yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 28 Februari 2023
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

Bagaimana Cara Mohon SARA?


Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.

Lihat Juga  Pengeluaran KWSP 10K Wajar Dilakukan - Sign Petition Sekarang!

Cara Program SARA Dilaksanakan


Kaedah pelaksanaan SARA berbeza mengikut negeri seperti berikut:

Penerima Daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah,Sarawak dan W.P Labuan)

  • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 Bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
  • Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya/ kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima Daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran Rm600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank/ secara tunai sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2023

Jumlah Bantuan Tambahan STR RM600


Setiap penerima yang dikenal pasti layak bantuan SARA RM600 akan menerima sumbangan berjumlah RM600  seperti berikut:

Isi Rumah- Kahwin, Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak

  • RM600

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600

Bujang 

  • RM600

Semakan Kelayakan Bantuan Tambahan STR RM600


Portal Rasmi STR

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia


Portal rasmi MyKasih

https://www.mykasih.com.my/

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR RM600


Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barangan makanan asas terpilih

Pembayaran pertama sudah dilakukan pada 17 Julai 2023. Bayaran seterusnya akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti berikut:

  • Julai 2023 – RM100
  • Ogos 2023 – RM100
  • September 2023 – RM100
  • Oktober 2023 – RM100
  • November 2023 – RM100
  • Disember 2023 – RM100

bantuan rm100

Kaedah Pelaksanaan SARA (Semenanjung Malaysia)


Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih

Pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

bantuan rm100

Maklumat Lanjut 


Maklumat lanjut berkenaan bantuan SARA RM600  boleh didapati di:

 

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!