Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Bantuan Raya Setiap Negeri | Bantuan Tunai RM500 Sehingga RM1,200

by Nurul Nurizzati
2022/04
in Bantuan, Isu Semasa
Reading Time: 3 mins read
A A
Bantuan Raya Setiap Negeri

Bantuan Raya Setiap Negeri | Bantuan Tunai RM500 Sehingga RM1,200

  • Bantuan Raya Selangor
  • Bantuan Raya Johor
  • Bantuan Raya Sabah
  • Bantuan Raya Sarawak
  • Bantuan Raya Negeri Sembilan
  • Bantuan Raya Perak
  • Bantuan Raya Melaka
  • Bantuan Raya Terengganu
  • Bantuan Raya Kelantan
  • Bantuan Raya Pahang
  • Bantuan Raya Pulau Pinang
  • Bantuan Raya Kedah
  • Bantuan Raya Perlis
    • Info Lanjut

Untuk tahun 2022, ada diumumkan bantuan raya untuk setiap negeri di Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penjawat awam dan untuk memeriahkan sambutan hari raya bersama keluarga tahun ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bantuan Raya Selangor


Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri dan akan dibayar 27 April ini.

Manakala bantuan tunai RM500 pula akan diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs), penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Bantuan Raya Johor


Kerajaan Johor akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Lihat Juga  Kemaskini MySalam Tuntutan Sehingga RM700 Sekarang

Bantuan kewangan ini akan dibayar pada 28 April 2022.

Juga membabitkan kakitangan bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

Bantuan Raya Sabah


Kerajaan Sabah akan memberi bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Penerima yang layak adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan.

Bantuan Raya Sarawak


Kerajaan Sarawak akan memberi Bantuan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.

Bantuan khas ini akan dibayar pada April, sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

Bantuan Raya Negeri Sembilan


Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan akan dibayar pada 15 April 2022.

Ianya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM6 Juta khas untuk 4,050 kakitangan.

Lihat Juga  Jadual Jangkaan Masuk Duit BKC Fasa 3 - Maybank, BSN, CIMB

Bantuan Raya Perak


Penjawat awam negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 pada 25 April 2022.

Selain kakitangan awam, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, Orang Besar Jajahan, guru tadika Islam, pegawai sambilan harian dan Tok Batin turut mendapat bantuan ini.

Bantuan Raya Melaka


Kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemberian bantuan kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan April 2022.

Sumbangan wang tunai dan barangan makanan turut akan diagihkan kepada golongan asnaf, miskin dan warga emas.

Bantuan Raya Terengganu


Penjawat awam Terengganu gred 56 dan ke bawah pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 pada 25 April ini .

Bantuan i-Fitri iaitu bantuan raya yang akan diberikan untuk golongan B40 dan M40 di negeri Terengganu.

Bantuan Raya Kelantan


Negeri Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan awam negeri bermula daripada gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Aidilfitri RM500 turut akan diberikan kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim, pegawai serta guru halaqat, ahli majlis, penyelaras ICT Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras armalah.

Lihat Juga  Senarai Opsyen Moratorium B40 Belanjawan 2021

Dan RM250 pula akan diberikan kepada guru al-Quran, guru fardu ain dan guru pusat pembangunan wanita Kelantan.

Bantuan Raya Pahang


Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang dan akan dibayar pada 20 April 2022.

Bantuan Raya Pulau Pinang


Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Manakala, bantuan RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Bantuan RM200 pula akan diberikan kepada uru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS).

Bantuan Raya Kedah


Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 sempena perayaan Aidilfitri kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Bayaran akan dibuat sebelum sambutan Aidilfitri.

Bantuan Raya Perlis


Kerajaan Perlis meluluskan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada lebih 1,200 penjawat awam negeri dan kakitangan anak berkaitan kerajaan negeri.

Info Lanjut


Semoga dengan peruntukkan bantuan daripada kerajaan di setiap negeri ini dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi keluarga anda.

Previous Post

Kategori Pemohon Terima Bayaran KWSP Selepas Raya

Next Post

Bantuan i-Sejahtera 2022 : Bantuan Tunai Sehingga RM200 Untuk B40

Nurul Nurizzati

Nurul Nurizzati menyediakan info-info terbaru mengenai pelbagai isu dan maklumat berkaitan Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Cara login, cara semakan dan lain-lain artikel berkaitan. Menulis dengan penuh authority.

Recent Posts

  • Cara Claim eMadani RM100 Aplikasi MAE, Setel, Touch N Go & Shopeepay
  • Bantuan RM800 Disember 2023 Untuk Rakyat Malaysia
  • Cara Tebus eMadani RM100 Bermula 4 Disember 2023
  • Tarikh Bayaran Akhir SARA RM600 Disember 2023 Terkini!
  • Cara Daftar eMadani RM100 Aplikasi MAE, Setel, Shopee & Touch N Go
  • eMadani TNG: Cara Tebus e-Wallet RM100 Touch n Go 2023
  • Kemaskini STR 2024: Tarikh Akhir Kemaskini STR Fasa 1 Terkini!
  • eMadani RM100: Cara Daftar & Tebus e-Wallet RM100 Madani
  • Tarikh Penting STR 2024: Tarikh Akhir Isi Borang Online & Manual Fasa 1 2024
  • Borang STR 2024: Cara Isi Borang Permohonan Baru STR Terkini!

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola
  • Tempat Menarik
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Home
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 4.0Kshares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 4.0Kshares
  • 2.4K
  • 1.0K
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×