Bantuan Raya RM300 One-off Dah Boleh Mohon

Berita baik bagi penerima yang layak, berdasarkan pengumuman baru-baru ini, sejumlah 148,700 penerima akan menerima bantuan tunai raya sebanyak RM300 secara one-off.

Jika anda tergolong dalam golongan miskin dan pendapatan anda sehingga RM2500, anda akan mendapat bayaran sekali sahaja sebanyak RM300.

Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan persiapan hari raya ini terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Bantuan Raya RM300 One-off Dah Boleh Mohon 2

Borang Permohonan i-Fitri


Orang Terengganu boleh mohon sekarang secara online melalui pautan ini, Bantuan iFitri

Permohonan bantuan i-fitri dibuka sehingga tarikh akhir pada 31 Mac 2023.

Panduan Permohonan

Namun, permohonan untuk Bantuan i-Fitri Perantau masih dibuka bermula 6 hingga 20 April 2023.

Jadi jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang supaya semua warga Terengganu yang layak tidak terlepas pembayaran Iftri ini.

Lihat Juga  Skim Zakat Bantuan Am Persekolahan

Syarat Utama Bantuan iFitri Perantau


  1. Rakyat Terengganu yang menetap diluar negeri Terengganu.
  2. Pemohon perlu isi dulu maklumat diri dan keluarga dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU)
  3. Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  4. Permohonan perlu dibuat secara online

Syarat Kelayakan iFitri Perantau


  1. Pastikan anda bukan penjawat awam dan kakitangan kerajaan negeri Terengganu
  2. Pastikan anda bukan kontraktor berdaftar
  3. Pastikan gaji dan pendapatan anda tidak melebihi RM2500 sebulan
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai slip gaji pada masa ini, anda perlu menyediakan bukti pendapatan yang telah disahkan oleh Pengerusi JKKK
  5. Pastikan anda bukan peniaga berlesen
Lihat Juga  Cara Daftar MySPP Online : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Dokumen Lampiran


Lampirankan sekali dokumen sokongan berikut :

  • Salinan IC/ Sijil kelahiran pemohon dan tanggungan
  • Salinan Slip Gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
  • Salinan Surat Akuan Pemastautin/ Salinan Bil Elektrik/ Air

i-fitri-perantau

Semakan Permohonan i Fitri


Sama ada lulus (layak) atau tidak, anda boleh mula menyemak kelulusan permohonan i fitri terengganu dengan log masuk melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov dan pembayaran akan dibuat mulai 17 April 2023.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3