Dalam Selangor Prihatin yang diumukan oleh Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besarnya, ada bantuan untuk penjaja sebanyak RM500 secara one-off anda boleh mohon dibawah pakej rangsangan tersebut.
Dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dakat meringankan beban penjaja di sekitar Selangor khasnya dalam tempoh wabak ini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Jun 2020. Bagi yang belum mohon sila buat permohonan segera sebelum tarikh tutup.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Permohonan Bantuan Penjaja Selangor
Berikut kami kongsikan syarat yang perlu anda sebelum mebuat permohonan, jika anda lengkap dengan syarat yang dinyatakan boleh buat permohonan.
- Ada lesen/permit sah tahun 2020 sebagai penjaja/peniaga kecil dibawah peruntukan undang-undang kecil penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Selangor yang dah lulus sehingga 20 Mac 2020
- Setiap penjaja/ peniaga kecil hanya layak memohon sekali sahaja walaupun mempunyai lebih
dari 1 lesen/ permit dari PBT/ Majlis yang berbeza.
Cara Mohon Bantuan
- Pemohonan hendaklah dilaksanakan atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 8 April 2020 dan tutup 7 Jun 2020
- Setiap permohonan akan menggunakan nombor Kad Pengenalan.
- Sistem akan reject manamana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.
- Pemohon yang layak hendaklah mengisi maklumat peribadi termasuk akaun bank.
Maklumat pemohon (pemilik lesen/ permit) dan maklumat bank hendaklah individu sama.
Semak Kelayakan Anda
- Macam mana nak semak sama ada kita layak ke tidak? anda boleh buat semakan menerusi Semakan Kelayakan Bantuan Penjaja
- Jika tiada dalam penkalan data selangor prihatin sila hubungi talian Khidmat Pelanggan di 1-800-22-6600 untuk menyemak status nama anda. layari laman “Contact Us Selangor Prihatin” dan anda boleh mengemukakan soalan anda di sana.
Bila Dapat RM500 Tu Kalau Semua Dah LULUS?
- RM500 tersebut akan dikreditkan ke akaun bank pemohon selepas 14 hari bekerja dari tarikh anda mohon terserbut.
Faq
Soalan : Saya pernah diluluskan lesen/ permit sebagai penjaja/ peniaga kecil di bawah Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sebelum ini namun saya tidak memperbaharui lesen/
permit tersebut pada tahun 2020, adakah saya layak?
Jawapan : Tidak layak. Hanya lesen/ permit yang sah tahun 2020 sahaja layak.
Soalan : Sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya melaksanakan perniagaan sebagai
penjaja/ peniaga kecil tetapi saya tidak mempunyai lesen/ permit, adakah saya layak?
Jawapan : Tidak layak
Lagi FAQ boleh rujuk –> FAQ RM500 Untuk Penjaja/Peniaga Kecil
Maklumat Lanut
- Isi borang pertanyaan yang disediakan dalam sistem Selangor Prihatin
- Hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam) / emel [email protected]; ATAU
- Hubungi talian PBT/ Majlis (9 pagi – 4 petang) seperti di Lampiran A.
Sumber Asal : amirudinshari.com & selangor prihatin