Bantuan KWSP RM500 diperuntukkan dalam Bajet 2023 kepada pencarum KWSP yang masih aktif.
Banyak pengeluaran KWSP telah dibuat sebelum ini seperti i-Sinar, i-Lestari dan Pengeluaran Khas. Kali ini, kerajaan membuat keputusan untuk memberi insentif tambahan kepada pencarum yang layak.
Pengeluaran Khas KWSP
Pengeluaran Khas KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah antara harapan segelintir masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam pembentangan Bajet 2023.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat perkara itu hanya penyelesaian jangka pendek, selain berpotensi menjejaskan wang persaraan mereka yang terlibat.
Menurut Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini, kira-kira 71 peratus pencarum aktif berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai wang yang cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan negara.
Oleh itu, inisiatif bantuan tambahan RM500 KWSP ini diperuntukkan dan melibatkan peruntukkan hampir RM1billion.
Syarat Bantuan KWSP
Dalam Bajet 2023, kerajaan mengumumkan bantuan caruman kepada ahli yang mana 71 peratus daripadanya merupakan pencarum aktif berumur antara 40 dan 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10 ribu dalam Akaun 1 mereka.
Kadar Bantuan
Kerajaan bersetuju menaikkan caruman sebanyak RM500.
Info Lanjut
Maklumat lanjut akan dikemas kini oleh KWSP melalui laman web mereka dalam masa terdekat mengenai syarat khusus & juga cara permohonan yang ditetapkan untuk pencarum yang layak.
Sebarang maklumat berkaitan akan dimaklumkan kemudian melalui laman web MOF atau KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Untuk mendapatkan update harian berkaitan bantuan, anda boleh sertai group Telegram kami di pautan berikut :
PM Anwar Ibrahim juga berkata, kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan masyarakat dan pencarum mendapat manfaat kelak.