Bantuan Khas RM250 ini merupakan bantuan daripada BERNAS (Padiberas Nasional Berhad).
Penerima bantuan BERNAS berjumlah RM250 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Insentif khas ini akan dilaksanakan pada awal tahun 2023.
Bantuan Bernas RM250
Untuk makluman, bantuan khas kewangan padi beras nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai BERNAS merupakan satu inisiatif yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Insentif kewangan ini adalah daripada dana caruman syarikat sebanyak RM60 juta yang akan diagihkan bulan ini.
Senarai penerima bantuan BERNAS yang akan terlibat ialah petani/ pesawah padi Malaysia. Kadar bayaran yang diberikan adalah sebanyak RM250 bagi setiap orang yang terlibat mengusahakan sawah.
Jadual & Tarikh Bayaran
Penerima di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menerima bantuan khas ini pada Januari 2023 yang melibatkan peruntukan dana berjumlah RM10 juta.
Negeri Perlis dan Kedah akan menerima insentif ini pada Februari 2023 yang diagihkan secara berperingkat. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu baru-baru ini.
Senarai Penerima
Kira-kira 240 ribu pesawah dari seluruh negara akan menerima insentif ini. Pengagihan berperingkat ini dijangka siap pada Mac 2023.
Inisiatif khas dalam bentuk bantuan tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pesawah. Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk membantu pesawah di negara ini agar tidak tercicir. Selain itu, kerajaan akan sentiasa meneliti setiap masalah padi dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Info Lanjut
MAFS dan agensi-agensi di bawahnya sedang mengusahakan senarai nama dan nombor akaun pesawah di negeri-negeri yang terbabit untuk proses penyaluran bantuan berjalan dengan lancar.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh layari laman web https://www.bernas.com.my/